Friday, April 9, 2010

BERITA - Robben leburkan impian United

Dari Kosmo Online


REAKSI penyerang United, Wayne Rooney ketika menentang Bayern Munich di Old Trafford awal pagi semalam.


MANCHESTER, England - Arjen Robben yang membuat penampilan mengejut melakukan satu sepakan voli untuk membantu Bayern Munich mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Meskipun tewas 2-3 di Old Trafford, Bayern berjaya melayakkan diri berdasarkan peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 4-4.

Pada pertemuan pertama di Stadium Allianz Arena minggu lalu, Bayern menang 2-1 ke atas kelab gergasi England itu.

Robben menyepak masuk sepakan sudut Franck Ribery dari luar kotak penalti pada minit ke-74 untuk membolehkan kelab Jerman itu mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2002.

Ini adalah kali pertama tiada kelab England beraksi pada peringkat separuh akhir sejak 2003.

United yang menurunkan Wayne Rooney meskipun baru seminggu mengalami kecederaan ligamen buku lali, mendahului 2-0 seawal minit ketujuh hasil jaringan Darron Gibson dan Nani.

Nani menambah gol ketiga United pada minit ke-41 sebelum Ivica Olic berjaya merapatkan jurang untuk Bayern dua minit kemudian.

"Selepas ketinggalan 0-3, saya fikir ia bakal menjadi satu detik yang sukar tetapi gol menerusi Olic memberikan kami keyakinan," kata Robben.

"Mereka (United) bermain lebih baik pada separuh masa pertama."

Begitupun United terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Rafael da Silva dilayangkan kad merah pada minit ke-50 kerana mengasari Ribery.

"Kami berasa sangat kecewa kerana kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama," kata Nani.

"Mereka (Bayern) bernasib baik kerana kekurangan seorang pemain telah menyukarkan kami, ia menyebabkan mental pasukan sedikit menurun." - AP


Wan2day - hahaha..lebur juga keegoan MU. Mesti mental para penyokong yang yakin akan layak ke Separuh Akhir ketika leading 3-0.. Tapi bola beb, macam2 boleh jadi. Robben memang terbaik sepakan 1st touch yang meletup ke tiang kiri..fuuhhh... Silap2 EPL pun tak tentu.. so, belajar rasa rendah diri dan jangan terlalu konfiden..yeahhhh


No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010