Friday, April 2, 2010

BERITA - Khidmat masyarakat ganti hukuman sebat


KARTIKA Sari Dewi Shukarnor mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


IPOH - Bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang tidak akan menjalani hukuman enam sebatan seperti yang diputuskan pada 18 Julai 2009.

Sebaliknya, ibu tunggal berusia 33 tahun itu yang kini menetap di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 90 kilometer dari sini, telah dititahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk menerima hukuman gantian.

Mulai hari ini, Kartika dititahkan melakukan kerja khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Jalan Tengku Muhammad, Kuantan selama tiga minggu.


Wan2day - Yeahh...akhirnya tak terlaksana juga hukuman sebat..suka gumbiranya puak2 Islam yang mengaku Islam. Apakah kesannya dengan menjalankan kerja kebajikan terhadap pesalah..?? kat rumah kanak-kanak?? cukup 3 minggu, 'minam' balik.. kalau macam tu, semakin ramai la melayu Islam tak gentar dengan hukum rimba manusia ni. Aiii..dengan hukum Allah pun takut, dengan Allah tak takut ke..?? adoyaiii..... sorry, aku mengharapkan hukum Allah, hukum rimba manusia sampai bila2 tiada gentar terhadap pesalah... Al Quran dusturunaa...

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010