Thursday, May 6, 2010

PALESTIN - Perhimpunan LL4G: Pohon solat hajat & kehadiran

Assalaamu `alaikum wm wb shbt/bah dan anak-anak pejuang remaja yang diberkati Allah,
Setelah berusaha sebaik mungkin dengan serba kedhaifan yang ada, Biro HALUAN Palestin dan antum semakin hampir kepada hari pelancaran tabungan LifeLine for Gaza yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 8/5/2010, 5ptg-11.30mlm di Stadium Malawati Shah Alam, insyaAllah
Meminjam kata-kata Cikgu Din dalam SMS beliau, firman Allah SWT, harridhil mu'minina `ala qital (marilah kita kobarkan semangat juang mukmin (shbt/bah), menuju medan perjuangan (yang waqi'i kini Perhimpuan Perdana LL4G). Tidak mungkin matlamat yang dicita-citakan tanpa kombinasi atifi, fikri (iman & hikmah) dan tandzimi!.
Kejayaan kita kali ini, insyaAllah membuka peluang kepada jalan kpd medan dan peluang yang lebih besar dan mencabar yg menuntut istiqamah, tsabat, kesabaran dan kebijaksanaan seterusnya menuju ghayah yg kita impikan `al-jannah'. Ayoh bersegeralah dlm keadaan ringan dan berat. Dan kerahkan ahli antum secara maksima utk capai sasaran 15,000 hadirin. Tidak mudah tapi bukan mustahil!
Sejajar dengan SEMANGAT itu, kami di urusetia Perhimpunan Perdana Palestin LL4G ingin menyeru agar shbt/bah semua agar dapat hadir SABTU INI serta menunaikan solat hajat pada malam ini, Khamis malam Jumaat, seraya memohon kepada Allah SWT agar:
  1. melindungi majlis kita ini bersama NGO-NGO Islam pro-Palestin lain daripada gangguan jahat mana-mana pihak
  2. merahmati majlis ini sebagai suatu majlis yang akan dibanggakan para malaikat
  3. meramaikan majlis dengan kehadiran mencecah sasaran 15,000 hadirin
  4. merahmati bumi Palestin serta melindungi rakyatnya yang masih mempertahankan tanah suci itu, samada yang masih hidup ataupun telah syahid, untuk Kita rakyat Malaysia
  5. agar membanyakkan kutipan derma kepada Tabung Palestin Haluan agar kita dapat mencapai sasaran kutipan RM10 juta bagi menghantar kapal dan bekalan kehidupan ke Gaza
Solat hajat antum amat bermakna kepada usaha dakwah dan tarb iiyah kita ini agar mencapai sasaran yang telah ditentukan oleh qiy ad ah
Semoga Allah SWT meringankan ujianNya ke atas kita & menjauhi kita daripada kegagalan dan mehnah yang tidak terduga. Ameen.
Wslm,
yn
b/p Pengerusi
Biro HALUAN Palestin
ahli Team Urusetia Event Management PPLL4G
--Ustaz Muzakkir - sila perpanjangkan ke loop haluansiswa

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010