Friday, May 28, 2010

BERITA - Ibu bapa budak 2 tahun merokok disiasat


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain kelmarin menunjukkan Ardi Rizal merokok di rumahnya di Sumatera.


JAKARTA - Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.

"Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan," kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.

Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan. - AFP

Dari Kosmo Online.


Wan2day - Takkan budak umur 2 tahun boleh pandai hisap rokok. Dah tentu di ajarnya menghisap rokok. Sebaya anak aku ni, mustahil betul..

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010