Thursday, May 20, 2010

IKTIBAR - Orang kafir yang budiman

Assalamualaikum.


Telah lama sekali aku tidak memasukkan sebarang posting Namun 3 minggu yang sudah, aku terkenang akan peristiwa di suatu pagi yang menyentuh fikiran tentang kemuliaan seorang lelaki cina.

Benar, fitrah seorang manusia baik Muslim atau orang kafir mempunyai sifat kasih sayang yang tidak terperi. Peristiwa ini terjadi di kala pagi, aku bersama anak perempuanku pergi untuk membeli juadah sarapan pagi yang berhampiran dengan tempat tinggal kami.

Sedang kami asyik menunggu pesanan roti canai, tiba sebuah kereta BMW yang mewah yang mencuri perhatian kami yang berada di situ. Keluarlah seorang lelaki cina muda yang lengkap perpakaian sukan.
Mungkin beliau baru saja selesai bersenam, barangkali.. Kelihatan juga beberapa orang dalam kereta, mungkin juga ahli keluarganya. Sewaktu lelaki cina itu berjalan keluar dari kereta sambil membawa sebungkus bijiran atau semacam dedak. , peniaga2 di situ seperti mengenali beliau. Mungkin beliau sering berkunjung di situ. Atas tujuan apa..??

Sebenarnya, dibelakang gerai2 jualan sarapan pagi itu terdapat padang atau tapak pasar malam. Rupa-rupanya, lelaki cina itu bertujuan untuk memberi makan pada burung2 merpati yang agak banyak di situ. Aku hanya memerhatikan saja tingkah laku pemuda cina tersebut. Berpuluh2 ekor burung merpati turun dari pokok, ada juga dari wayar tiang elektrik yang mahu menjamah bijiran yang dijamu.

Sambil aku memerhatikan, terdetik dalam fikiran aku. Alangkah mulianya dan beruntungnya jikalau beliau seorang Muslim. Sudah tentu ganjaran 'tinggi' yang beliau perolehi. Dari permulaan niatnya, duitnya, bijiran tersebut serta kudratnya yang hanya datang untuk memberi burung2 merpati makan. Bayangkan setiap patukan burung merpati itu yang akan membawa ganjaran serta saham di akhirat. Namun, silapnya pemuda cina yang budiman ini, beliau tidak beriman. Alangkah ruginya orang kafir yang baik hati serta yang tidak melakukan sebarang benda mungkar cuma silapnya hanya tidak beriman pada Allah swt.

"Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing)."
(Surah At-Tagabun : 2)

Bila diperhatikan balik dengan diri sendiri, kita sebagai orang Muslim sendiri yang tidak berusaha ke arah mencari redha Allah di mana ruang2 untuk kita mendapatkan ganjaran tersangatlah luas. Sebagai contoh kisah pemuda cina tadi, walaupun usahanya kecil hakikatnya di sisi Allah sangatlah mulia. Dan usaha kecil itu jua yang akan menyelamatkan di akhirat kelak. Sebagai seorang Muslim, kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dikurniakan iman serta ditempatkan dalam agama Allah selagi kita tidak menduakan Allah.

Aku bermuhasabah terhadap diri yang kerdil ini, betapa kita ini seringkali melakukan dosa dan silap. Aku mendoakan agar Allah tetapkan hati dan diri ini di jalan Allah hingga ke akhir hayat. Jangan sesekali Engkau pesongkan hati ini, dan janganlah Engkau beri ujian yang tidak tertanggung oleh hambamu yang lemah ini..

1 comment:

Anonymous said...

Betol tu Wan. Harap-harap kita digolongkan di kalangan orang2x yg untung

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010