Wednesday, July 21, 2010

BERITA - Mufti Perak: Saya tidak berbohong

Dari Malaysiakini. (Komen di bawah)

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya hari ini.


Kedua-dua naib presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu berkenaan.

Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.

Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.

"Saya pun tidak faham...pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya.

Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur.

- Bernama

Wan2day - Cuba perhatikan highlight yang pertama
"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Apa yang meragukan di sini kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf MUFTI seolah-olah menunjukkan kesombongan atau riak. Mufti bukannya maksum, sepatutnya seorang mufti mestilah bersifat merendah diri, bukannya mengeluarkan kenyataan yang bersifat bangga diri .Sedangkan Nabi yang sememangnya maksum pun tak penah membanggakan diri atau merasa hebat bahkan lagi Nabi merendah diri seboleh2nya.

Highlight kedua :
Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur. Kenapa mesti bila Melayu berpecah, Islam akan hancur..?? Bukankah bila Islam berpecah, Melayu yang akan hancur..?? Di mana keutamaan yang Mufti ni letak..?? Melayu dahulukah atau Islam kemudian..?? Di Malaysia ini, mentaliti orang kita meletakkan asas Melayu sebagai perpaduan rakyat dan kaum, sedangkan Islam itu adalah lengkap yang sepatutnya kita dahulukan. Bila Islam kita sempurna dan lengkap, dengan secara mudahnya Melayu bersatu atas dasar Islam..

Aku bukanlah hebat dari Mufti bahkan ustaz2 yang ada. Tapi aku terkilan apabila seorang yang diangkat sebagai Mufti sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. Semoga Allah memberi perlindungan dan pelihara buat kita semua..

2 comments:

usop_zali said...

terima kasih atas p'kongsian...cuma bg aku,kadang2 ayat ni paper pandai olah sndri wan...takut lain yg mufti ckp,lain plak yg kuar kt paper...

wan2day said...

setakat ni akhbar online yg lain mngeluarkan berita yang sama..yang aku rasa tak sedap bila guna atas nama MUFTI, dia tidak berbohong..mmg dia sorg ulama,tp biarlah jawapan yg brhikmah..kan knyataan boleh timbulkan fitnah..sebaiknya jawapan yang mrendah diri dan berhikmah itu yg trbaik..jadilah mufti brsifat NEUTRAL..kan dah terkena bias2 politik...tu lah bahana nya..

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010