Ramadhan..
Kedatanganmu dinantiSeluruh ummah meraikan
Bulan istimewa dari selain bulan
Bulan rahmat, bulan barakah, bulan pengampunan
Bulan penuh maghfirah
Ramadhan..
Ketenangannya ada disiniBangkitnya rasa kehambaan
Bawalah diri pada indah Ramadhan
Di sana ada ganjaran
Di sana ada pengampunan
Di sana kebahagiaan
Di sana ada malam seribu bulan
Ramadhan..
Janganlah dicemariPesta makan..mencari makan
Jual-jualan yang melampau lagi terlampau
Ibadah hanya sekerdil cuma
Ganjaran dunia jua menjadi gila
Ramadhan..
Dikurniakan malam kelebihan seribu bulanHadirnya malaikat,dipantaunya kita
Beriktikaf?
Bertahmid?
Berzikir?
Bertakbir?
ADA KAH..?
Ramadhan..
Malam pertama yang hebatDi kaki lima mahupun dibahu jalan
Jemaah keluar dari kepompong
Seminggu..dua minggu..
Pulang kembali ke kepompong halaman
Cukuplah amalan setakat itu
Saban tahun inilah fenomena
Ramadhan..
Rebutlah..rebutlahHarga diskaun, besarkan mata
Ganjaran Allah, dipejamkan saja
Mahu tapi tak lalu, biarlah..biarlah
Yang pasti, ganjaran tetap ditebus di sana
Ramadhan..
Ada kegembiraan kedatanganmuAda jua kesedihan menyambutmu
Takut2 rasa terikat dan berasa malu
Walaupun syaitan sudah pun dibelengu
Masihkah lagi salahkan 'mereka'??
Diri sendiri terpaut cebisan hantu
Hakikatnya..
Ramadhan..
Mari..marilah..Ganjaran berganda-ganda hanya sekali
Tawaran Allah tiada terhenti
Hanya kita masih berkira-kira
Ternanti-nanti setahun sekali entah tidak pasti
Bersyukur ditakdirkan bertemu Ramadhan lagi
Rasailah suasana ini..suasana Ramadhan..Ramadhan Barakah..
MARILAH BERAMAL IBADAH, MUDAHAN ALLAH TERIMA SEMUA AMALAN KITA SEPANJANG RAMADHAN SEPANJANG ZAMAN..
JADIKAN RAMADHAN TERBAIK UNTUK TAHUN INI..
JADIKAN RAMADHAN TERBAIK UNTUK TAHUN INI..
2 comments:
btol tu inilah peluang kita utk menambahkan ibadat kita kan..
Jemputan Berbuka Puasa Bersama Nuffnang !
salam ramadhan.:)
Post a Comment