Dalam hidup aku, ada beberapa hobi yang betul-betul aku minat. Salah satunya adalah futsal. Namun bangkitnya satu persoalan, di mana dari dahulu lagi merasai keraguan dalam pertaruhan sebelum bermain futsal. Pertaruhan?? Iya.. merupakan perjanjian bersyarat sebelum sesuatu perlawanan persahabatan. Contoh, kalah bayar, RM60-RM30 @ RM50-40. Mungkin sesiapa yang mengamalkannya, mesti faham makna bahasa futsal ini. Untuk mudah faham, aku sendiri telah kemukakan persoalan ini kepada Ustaz Nor Amin melalui lawan web nya. Berikut adalah persoalan aku dan jawapan daripada Ustaz Nor Amin.
Soalannya :
Assalamualaikum,
Saya merupakan peminat futsal. Rata-rata pasukan futsal mengadakan perlawanan berserta dengan satu perjanjian. Untuk makluman, kadar sewaan gelanggang sejam adalah RM90. Sebelum perlawanan, kedua-kedua pasukan telah mengadakan perjanjian yang telah dipersetujui iaitu sekiranya pasukan yang kalah kenalah bayar RM60 dan pasukan yang menang bayar RM30. Ada juga perjanjian 'kalah bayar'. Cukup untuk kadar byrn sewa RM90. Apakah hal ini terletak dalam judi,riba @ pertaruhan? Mohon penjelasan ustaz bersama nas. Saya mahu lampirkan maklum balas ustaz ke dalam blog saya.Jazakallah..
Saya merupakan peminat futsal. Rata-rata pasukan futsal mengadakan perlawanan berserta dengan satu perjanjian. Untuk makluman, kadar sewaan gelanggang sejam adalah RM90. Sebelum perlawanan, kedua-kedua pasukan telah mengadakan perjanjian yang telah dipersetujui iaitu sekiranya pasukan yang kalah kenalah bayar RM60 dan pasukan yang menang bayar RM30. Ada juga perjanjian 'kalah bayar'. Cukup untuk kadar byrn sewa RM90. Apakah hal ini terletak dalam judi,riba @ pertaruhan? Mohon penjelasan ustaz bersama nas. Saya mahu lampirkan maklum balas ustaz ke dalam blog saya.Jazakallah..
Jawapan Ustaz :
Wan2day :
Baca sini
http://www.ustaznoramin.com/2010/04/pertaruhan-dalam-permainan-adalah-judi.html
Baca sini
http://www.ustaznoramin.com/2010/04/pertaruhan-dalam-permainan-adalah-judi.html
Saya ada kekeliruan dalam bersukan seperti badminton, golf dan lain-lain yang mana sebelum permainan bermula ada dibuat perjanjian antara pemain seperti berikut :
- Siapa yang kalah akan belanja makan atau air atau membayar kos bola atau bayaran kemasukkan dan lain-lain.
- Siapa yang menang akan dapat duit yg terkumpul dari setiap pemain atau dapat makan free dan lain-lain.
Soalan saya, adakah perkara diatas dikira bertaruh/berjudi?
Jawapannya
Maksud judi ialah mempetaruhkan wang atau seumpama dengannya bagi sesuatu permainan seperti permainan bola sepak, golf, badminton dan sebagainya. Judi juga merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam, kerana ia mempunyai pertaruhan, harapan dan hilang wang pertaruhan apabila perlawanan itu dimenangi oleh orang lain. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Al-Maidah : 90)
Judi ini tidak semestinya dengan bermain daun judi, main game kuda, sport toto, nombor ekor dan sebagainya. Setiap benda yang ada wang pertaruhan atau mempertaruhkan apa-apa benda adalah dikira sebagai judi. Jadi merupakan perkara yang telah diharamkan dalam Islam dan mempunyai dalil yang jelas (qat’i) dan tidak perlu dipertikaikan lagi untuk mencari kehalalannya.
Menjadi tradisi dalam permainan bola sepak, badminton dan sebagainya siapa yang kalah mesti membayar kos permainan tersebut atau belanja lawannya makan free dan sebagainya. Bagi pendapat saya berdasarkan dalil di atas, pertaruhan ini adalah haram, kerana ia melibatkan pertaruhan dan harapan untuk seseorang itu menang. Masalah ini sama dengan permainan daun judi yang mempertaruhkan duit dalam permainannya, sesiapa yang menang dalam permainan tersebut dia akan mendapatnya.
Di haruskan perlawanan bola sepak, badminton, golf dan sebagainya yang menawarkan hadiah bagi pemenang oleh penganjur dengan tidak mempunyai wang pertaruhan daripada pemain. Wang yang dikenakan sebagai wang pendaftaran sahaja dan tidak melibatkan apa-apa pertaruhan yang boleh disamakan dengan judi.
Hal ini sama juga dengan peraduan-peraduan sms yang mengenakan caj setiap jawapan yang diberikan dan peraduan sms itu tidak diketahui apa jadi dengan jawapan tersebut. pihak yang mengetahui hanyalah penganjurnya sahaja. Kadang-kadang itu soalan yang ada cukup mudah dan boleh dijawab oleh pelajar darjah 1. Orang yang menyertainya memang betul jawapannya tetapi tidak menang juga. Ini yang dikatakan judi dan penindasan. JAKIM dan bekas Mufti Perlis iaitu Dr. Asri Zainal Abidin telah mengeluarkan fatwa mengenai peraduan sms ini dengan mengatakan peraduan tersebut adalah haram sebab tidak mematuhi syarak dan membazir.
Ringkasnya, setiap perkara yang dipertaruhkan adalah judi, tidak kira jenis perkara dan barang apa yang dipertaruhkan. Sesiapa yang berjudi adalah dosa besar kerana melanggar perkara yang telah jelas diharamkan oleh syarak. Makanlah dari rezeki yang dihalalkan oleh syarak, iaitu rezeki yang dicari dari hasil penat lelah kita sendiri. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)
Semoga jawapan ini memberi pencerahan kita semua. Permulaannya kita rasakan ianya perkara syubhat. Tapi lebih baik elakkan perkara syubhat kerana ianya lebih terjerumus kepada haram. InsyaALLAH..
Sumber : Ustaz Nor Amin
No comments:
Post a Comment