Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
- Opick
Kalau kita demam, demam ada penawarnya. Kalau kita lapar, perut ada habuannya. Kalau kita mati, ada tempatnya. Kalau hati keras, apakah obatnya..? InsyaAllah, sebahagian petikan lirik dari penyanyi Opick yang sedikit sebanyak memberi peringatan untuk sentiasa mengingati Allah. Mudahan lirik ini adalah benar-benar obat yang dapat memperbaiki kecacatan hati dan iman kita.
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Sebenarnya ramai dikalangan kita yang mampu mmbaca Al Quran dengan baik. Bahkan lengkap dengan bertajwid di samping alunan-alunan tarannum sebagai perencah bacaan. Namun sejauh mana penghayatan kita dalam setiap baris kata apa yang kita bacakan. Diri sendiri masih kekurangan dalam penghayatan membaca Al Quran, kadang-kadang ada pula gangguan merasakan diri seorang pembaca yang hebat dan alunan lagu yang sedap. Sebab itu Al Quran sendiri akan mencela pada orang yang membacanya disebabkan atas urusan dan niat yang lain. Aku pernah melalui kelas bahasa Arab yang menggunakan tafsir Al Quran sebagai panduan untuk belajar. Apa yang aku dapat rasa, bila kita faham apa yang kita baca, kita dapat rasa yang kita ini adalah benar-benar seorang Muslim yang lengkap. Melengkapi dengan pemahaman kalam Allah melalui Al Quran. Kita rasa faham, kita rasa dilengkapi, kita rasa diri dikawal dengan Al Quran, sebabnya baca Quran dan maknanya. Memang tepat, baca Al Quran bersama tafsirnya betul-betul rasa hati dan iman dipelihara. Kita mampu mengawal diri untuk setiap aspek kehidupan bahkan untuk hati dan jiwa.
Di sinilah kita melihat potensi diri, adakah kita seorang hamba yang betul-betul tunduk dan mengharapkan sesuatu pada Allah. Satu yang amat berat untuk dilaksanakan. Kadang-kadang bermusim pula solat malam kita. Seorang sahabat berpesan, dia tak rasa hebat kalau solat Subuh berjemaah, tapi dia rasa bangga kalau dapat tunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh. Seharian. Kita ini usah katakan Subuh berjemaah, kadang-kadang Subuh pun di hujung waktu. Apakah kelebihan-kelebihan solat malam?
~ Waktu Mustajabnya Doa
~ Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
~ Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
~ Ibadah Ahli Syurga
~ Keteladanan Salafussoleh
~ Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu.
Memang betulkan, salah satu obat hati yang mustajab. Disebabkan solat malam ini juga memancarkan wajah seseorang benar-benar beriman dan bertaqwa pada Allah.
Berkumpullah dengan orang sholeh
Kita boleh lihat rakan-rakan disekeliling kita. Apakah peranan-peranan baik kawan-kawan dalam hidup kita. Ada kawan yang baik. Ada kawan yang mengajak melakukan maksiat. Ada kawan yang mengajak kita ingat Allah. Sebab itu bila ada kawan yang cuba menyampaikan kebenaran, janganlah mencemuh. Mungkin Allah telah menghantar seseorang dalam memperbaiki kelemahan diri. Ye lah, kita ini bila lagi nak cari sendiri kebaikan dengan usaha dan tenaga yang kedekut ini. Paling kurang pun, berkawanlah dan duduk bersama kawan-kawan yang jaga solat 5 waktu. Baik juga dari segi akhlak. Akhlak seseorang itu pun sudah memberi kebaikan pada diri kita. Hingga boleh menjadikan penawar untuk hati yang sentiasa gundah dan sakit selalu.
Perbanyaklah berpuasa
Selepas berpuasa Ramadhan, Allah tawarkan pula puasa 6 hari di bulan Syawal. Malangnya, sehari kita nak berpuasa pun rasa cukuplah berat. Bukan apa, berpuasa ini lah banyak menghindari dari membuat maksiat. Secara tidak langsung dapat memelihara hati. Bukan lapar dan dahaga sahaja dapat dikawal, bahkan semuanya terkawal. Percayalah, walaupun bukan di bulan Ramadhan, bila kita berpuasa seolah-olah berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bila nafsu dapat diikat, iman kita berasa bebas untuk memburu ibadah kepada Allah.
Zikir malam perpanjanglah
Zikir malam dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Banyak manfaat yang di dapat andai kita sering melakukan dzikir di malam hari. Terlebih jika di dalam dzikir kita juga melafalkan ayat kursi. Dzikir malam mampu mengendalikan emosi. Dzikir malam mampu memberi kita kecerdasan spiritual. Dzikir malam yang sungguh-sungguh dengan sepenuh hati mampu mendatangkan ilham untuk menentukan langkah ke mana kita harus melangkah. Dan masih banyak pula keunggulan dan faedah yang di dapat dengan melakukan dzikir malam. Di dalam dzikir malam kita akan mampu meraba setiap masalah yang kita hadapi. Apa yang baik buat kita, belum tentu baik bagi Allah SWT. Dan begitu pula sebaliknya. Serahkan sepenuhnya jiwa dan masalah yang anda hadapi di tangan Allah SWT, dan biarkan Allah SWT dan kekuatannya yang maha dahsyat bekerja untuk memberi keputusan yang akan anda lakukan. Dzikir malam bak pelita yang akan menerangi jiwa kita di tengah kegelapan. Dzikir malam laksanan air yang mampu memberi kita keteduhan di tengah gurun yang luas. Dzikir malam sanggup menembus hati seseorang yang anda tuju walau di seberang lautan. Dzikir malam akan semakin mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Dzikir malam akan mampu memberikan yang terbaik di dalam hidup. (Petikan asal dari blog INI.)
No comments:
Post a Comment