Aku bawakkan tentang isu sepanjang zaman. Palestin bukanlah isu bermusim. Terkini, aku baru menonton filem ala dokumentari. Yang mengisarkan suasana sebenar di Gaza khususnya. Kesedihan, kezaliman, kedhaifan dan semua jenis kesengsaraan semuanya ada di Gaza. Filem berdasarkan dari rakaman sebenar, mungkin disunting sedikit dengan babak lakonan. Sedikit ulasan aku selepas menonton filem ini.
- Memang benar Gaza merupakan penjara terbesar. Bila kita tonton pada babak ketika rakyat Palestin sedang bermandi manda di pesisiran pantai, kelihatan bot perang Zionis melepaskan tembakan untuk menghalau para nelayan agar tidak melepasi had 3km dari pantai. Seolah-olah mereka seperti banduan, yang askar Zionis ini ibarat warden yang mengawal gerak geri 'banduan'.
- Setiap kali ada serangan, rakyat Palestin berderu ke arah tempat serangan. Merekalah pegawai keselamatan, merekalah bomba, merekalah anggota ambulan. Setiap mangsa yang terkorban dijulang sebagai Syuhada bersama laungan takbir. Kematian mereka adalah kebanggaan bagi rakyat Palestin.
- Muslimah di sana sentiasa bertudung penuh, berjubah. Kisahkah mereka dengan panas dan ketidakselesaan.? Jauh benar perbandingan mereka di sana dengan di tanah airku.
- Di manakah tempat yang paling cantik di Gaza.? Semuanya berlatarbelakangkan bangunan runtuh. Kemusnahan dan kebinasaan.
- Kita dapat saksikan betapa ramainya anak-anak yang merupakan ahli-ahli syurga. Mati tanpa dosa.
- Anak-anak kesedihan. Mereka hilang ayah, emak, abang, adik bahkan segala-galanya.
Aku syorkan, tontonlah filem tersebut hingga habis. Sedih, geram, marah pasti menyelebungi. Cuba kita letakkan isteri, anak-anak dan ibubapa kita berada dalam situasi dalam filem tersebut. Pemuda-pemuda, kanak-kanak, wanita-wanita bahkan warga emas di sana adalah orang yang hebat. Cukup Hebat.
No comments:
Post a Comment