Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU AWAL MUHARRAM 1431
SERTA MAAL HIJRAH.
"Azamku dan citaku ingin menjadikan tahun akan datang lagi terbaik dari yang terbaik daripada yang lepas"
Baiki dan baiki dan baiki dan baiki....
Tingkatkan dan tingkatkan dan tingkatkan...
IMAN DAN AMAL

Read More...

Doa akhir tahun dan awal tahun

Email : anuarani

DOA AKHIR TAHUN


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’

DOA TAHUN BARU HIJRAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.’

Read More...

PENEMUAN BARU - SUNGAI DIBAWAH LAUTAN

Email : Zamri keciks

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Meksiko. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.





Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

Read More...

Tuesday, December 15, 2009

VIDEO : Sheikh Mishary bin Rashid Al Afasy


Subhanallah..Salah satu Qari Sheikh Mishary bin Rashid Al Afasy yang amat aku minati dari segi bacaan yang betul2 mnyentuh rasa kesyahduan. Bila hayati bacaan dlm klip video ini, betul2 merasai sebak.. video ini juga merupakan solat untuk qiamullail yang diadakan pada malam 27 ramadhan tahun 1427 (2006)..hebat..bayangkan keheningan awal pagi disamping bacaan yang menyentuh..

Read More...

Monday, December 14, 2009

KEPUTUSAN : LIGA FUTSAL AHAD

LIGA FUTSAL AHAD
KUMPULAN D

REDZONE 6 VS X T TEAM 5
AHAD 13 DISEMBER 2009
JAM 12.00 TGH
SPORT PLANET IPOH

REGGAE FC 7 VS KPJ B 3
AHAD 13 DISEMBER 2009
JAM 4.00 PTG
SPORT PLANET IPOH

Read More...

Saturday, December 12, 2009

LIGA FUTSAL AHAD : Perlawanan Kumpulan D

Insyaallah sekiranya tiada penundaan atau aral melintang, perlawanan yang melibatkan dalam kumpulan D (satu kumpulan dengan Regu Fc) akan diadakan. Keempat2 pasukan ini, Regu Fc belum lagi bertemu dalam Liga Futsal Ahad ini, inilah masanya untuk mengintai atau mencongak strategi terhadap pasukan lawan.Berikut adalah jadual perlawanan :

AHAD 13 DIS 2009
12.00 TGH
Redzone vs X T Team

AHAD 13 DIS 2009
4.00 PTG
Reggae Fc vs KPJ B

*Buat pengetahuan, pasukan X T Team merupakan pasukan yang selalu kami adakan perlawanan persahabatan. Namun pencapaian yang dianggapkan sama kuat berdasarkan atas penilaian perlawanan2 yang telah diadakan.

Read More...

Friday, December 11, 2009

IMAN : Pasti dan pasti iman bagai mutiara


"Benarlah maka iman kita pastinya naiknya sedikit turunnya banyak"

Betapa sukarnya kita memelihara iman yang boleh diibaratkan seperti mutiara kerana ianya harta yang paling berharga. Ada kala harinya kita berasa terbaik pada hari2 yang lain, dan ada harinya kita rasa jauh sekali berada dengan Allah. Bila dilihatkan kembali, memang sukar kita hendak tetapkan iman kita berada dalam terbaik buat seberapa lama, namun apabila kita merosakkan iman kita adalah lebih lama seperti yang kita jangkakan.

Kerna iman kita amatlah bersangkut paut dengan jiwa dan nafsu. Jiwa kita memerlukan iman yang terpelihara dalam mencari pengisian bagi mengubati penyakit hati atau jiwa kita ini. Dan nafsu kita seringkali mengganggu akan iman kita dan diiringi dengan syaitan, sekiranya kita tiada kekuatan maka rosaklah iman. Bila mana kita mempunyai iman yang kuat, semua perbuatan kita pastinya berhubungkait dengan Allah.

Cara Memelihara Iman

Dari http://halaqah-online.com

Iman perlu dipelihara kerana ia akan dirosakkan oleh nafsu dan syaitan. Dengan itu ada orang beriman yangkemudiannya jadi tidak beriman kerana imannya telah dirosakkan.

Cara memelihara iman:

  1. Mengawal iman supaya tidak rosak. Iman boleh rosak menerusi Iktiqad seperti meragui hadis Nabi, meragui hukum dan undang-undang Islam dan sebagainya. Perkataan atau ucapan seperti menghina Rasulullah, tidak yakin hukum Allah dan sebagainya. Perbuatan seperti melakukan perbuatan syirik, memohon pertolongan kepada selain dari Allah.
  2. Menjaga Iman. Iman yang telah ada pada kita kena dikawal dengan beberapa sifat diri kita. Yakin pada agama Allah dan perintahnya Ikhlas dalam melaksanakan amalan. Contohnya solat hendaklah atas niat taat kepada Allah bukan kerana menunjuk atau kerana malu atau kerana dipaksa. Selalu melakukan amalan sunat Istiqamah dalam ibadat. Ibadat yang kita lakukan hendaklah berkekalan, bukan dikerjakan secara bermusim, atau bila lapang baru buat. Beramal dengan penuh tertib dan khusyuk.
Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu:
  • Takhalli : Takhalli ialah berusaha berjuangmembuang segala sifat-sifat jahat atau embersihkanjiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah
  • Tahalli :Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengansifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihanselesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) denganperkara b aik.
  • Tajalli : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasanikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasanikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasakeagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapatmembuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasidirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinyadapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasamengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.
-wan2day-

Read More...

Thursday, December 10, 2009

PENAPIS AIR IMTIYAAZ


Salam,

Alhamdulillah,dapat juga memiliki penapis air yang berjenama Imtiyaaz hasil keluaran 100% bumiputera. Walaupun penapis air ini tidaklah seglemer penapis air lain, tapi sebagai seorang Muslim adalah "Mencari Yang Halal Itu Fardhu Bagi Setiap Muslim". Maka tidak syak atau ragu2 tentang penapis air dari sumber yang syubhat atau haram. Berbanding dengan harga penapis2 air yang lain amatlah berbeza di mana penapis air Imtiyaaz hanya berharga RM598 shj. Dan diiktiraf dari pelbagai badan pengiiktirafan. Insyaallah, mudah-mudahan dengan air ini dapat memberi tenaga dan kesihatan yang baik sebagai seorang Muslim yang kuat serta ceria...hehe.

jeng-jeng..dah sampai..


Dah siap pasang..mudah je.

Read More...

Tuesday, December 8, 2009

IPOH FUTSAL CHALLENGE 2010

IPOH FUTSAL CHALLENGE 2010

Tarikh :16 & 17 Januari 2010
Tempat :Sports Planet Ipoh
Yuran :RM 180 Satu Pasukan
Anjuran :Chailuzz Sports Management

Hadiah-Hadiah :-
Johan :RM 4000 + Piala + Medal + Barangan Sukan

N.Johan :RM 1000 + Medal + Barangan Sukan

Ketiga :RM 500 + Medal + Barangan Sukan

Keempat:RM 500 + Medal + Barangan Sukan

Untuk Keterangan Lanjut,Sila Hubungi :-

Zuzai :016-5681527
Sheikh :019-5407222
Isma :019-4210660
Sports Planet Ipoh :05-2861770 / 71

Read More...

VIDEO : Siaran Tertunda Liga Futsal Ahad

Rakaman perlawanan antara ILP IPOH dengan REGU FC. Kualiti rakaman agak kurang memuaskan, insyaallah pada perlawanan seterusnya akan ditingkatkan..kira ok la ada orang nak rakamkan..



Read More...

Monday, December 7, 2009

KEPUTUSAN : ILP IPOH VS REGU FC

LIGA FUTSAL AHAD (PASSED)

REGU FC 9 VS ILP IPOH 1

AHAD 6 DISEMBER 2009
JAM 8.00 MLM
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :
GOL2 telah dijaringkan oleh Wan 1 , Pedot 3 , Kie 1 , Aswad 1 , Fadhli 2 , Rushdi 1...huh..kalau tak aku dah 4 gol la...siapa yang gol lebih dari 1 adalah poyo..haha..gurau je ye..


- Kemenangan kedua adalah wajib, dan kami berjaya melaksanakan.Nantikan kemenangan ketiga Insyaallah -

*Nantikan siaran tertunda pada posting akan datang.

Read More...

KEM REMAJA KBHI


Salam,

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Di mana kem remaja yang diadakan di Pusat Rekreasi JPS Kuala Kangsar tamat dengan jayanya, walaupun disebelah malam hari pertama kem hujan turun dengan lebatnya hingga khemah yang dipasang telah dimasuki air. Program untuk tidur berkhemah telah ditukar kepada tidur di bahagian ruang dewan. Penyertaan adalah sebanyak 25 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan yang juga melibatkan lebih kurang 15 orang fasilitator. Berikut adalah sedikit gambar2 sekitar Kem Remaja.

Peserta sedang solat Isya berjemaah

Fasi yang ditugaskan memberi makan..cunlah gaya catering.


Taklimat untuk tugasan pertama.

Saudara Helmi sahabat dari Johor sebagai penyampai pertama, gaya dan pengisian memang sesuai untuk jiwa muda.

Soalan ana.siapa Saidina Ali?Kalau sesiapa boleh jawab,ana bagi RM10..malangnya seorang pun taknak. Bukan tak tau tapi malu...

Ahli2 kelab mancing abu, sedang sediakan umpan untuk memancing di Sg Perak...esoknya..

Bersama fasi Abg Wan,hehe..sesi taaruf para peserta. Kumpulan Pemburu Jihad, kebanyakkannya malu bersuara, cabaran untuk menjadi leader dan tanggungjawab.

Kumpulan yang lain..

Waktu inilah hujan turun dengan lebatnya sekitar 5 jam. Memang lebat.. Bala untuk kedai yang berkaroke di sana...huh

Terbitnya sang suria..

Permainan sukaneka untuk pagi sebelum sarapan dan kuliah..memang enjoy.


Taichi dari usop..

Sebahagian fasilitator.

Gambar 5 star...ya a auw...hopperz kampung..haha

Terima kasih kepada semua petugas dan fasilitator yang terlibat kerana menjayakan program kali ini. Jutaan terima kasih kepada chef Taiping yang menyediakan juadah untuk para peserta dan fasilitator. Tanpa anda, kebulur la kami..huhu. Mudah2an kesan positif yang diperolehi hasil dari kem ini serta ukhwah yang terjalin terus menjadi erat bagi menguatkan lagi jemaah sebagai gerakan Islam.

-wan2day-






Read More...

Wednesday, December 2, 2009

PINDAH RUMAH..SEMAK KEPALA..

Salam,

Kalau ikut perancangan esok petang kami akan berpindah ke Taman Pelangi. Kalau ikut jalan Ipoh ke Tapah memang jauh, lebih kurang sejam lebih. Tapi kalau cerdik sikit, jalan ke Taman Pelangi lebih kurang 5 minit..haha..pindah taman sebelah je. Perancangan untuk mengangkat barang tertakluk kepada saudara Fadhli, kami hanya bergantung pada dia. Ada dia ada lori. Tiada lori siapa la Fadhli..huhu. Biasa la, bila nak berpindah ni ibarat tongkah pecah. Serabut pemandangan serabut lagi hidung yang resdung ni dek kerana habuk2..arghh.. Yang paling penting pindah sebab cuba untuk mendekatkan diri lagi dengan Allah, sebabnya rumah baru tu terletak betul2 depan surau. Memandangkan hasil zuriat kian bertambah, jadi ruang kebebasan bekeluarga bertambah luas. Jadi inilah peluang yang sebaik2nya.

dah macam sampah..
*tengah dok serabut,sempat lagi update blog..blog tetap blog..

huh..

Read More...

SORFINA : UMPAN DOK DIAM..UPIN IPIN


Salam,

Sekarang ni trend..trend kanak2 dgn upin ipin yang tak boleh dipisahkan, ibarat kaki dengan selipar..hehe..Macam tu la dengan anak aku, bila diajar tengok upin ipin. Sehari mau 5 kali, apa hal. Asalnya sebagai umpan atau gula2 supaya dok diam dan tak buat kacau ayah dan ibu. Last2, baru nak layari internet atau Fifa 2010 dah kena panggil.."Ayah aji, nak upin ipin". Yang bestnya, ntah mana dia dapat gelaran untuk aku "Ayah Aji", dalam mimpi ke apa ke. Sampai sekarang la melekat panggilan ayah aji. Agaknya tak lama lagi la tu ke tanah suci Mekah.. Insyaallah. Mudah2an tak lagha dan tak memberi kesan yang tak elok pada anak.

tuh..tengah layan tu. Gambar curi..hehe


Buat2 tak nampak plak ayah tangkap gmbr..huh

dah..dah..ayah nak layan Fifa nih.

Tu lah dia, sampai nak suruh tidor pun payah. Pagi2 pukul 7 pun dah terpacak depan pc layan upin ipin. Sampai aku naik hafal jalan cerita..

-wan2day-



Read More...

Saturday, November 28, 2009

REVIEW LIGA FUTSAL : REGU FC vs ILP IPOH (TANGGUH)

- DITANGGUHKAN -

LIGA FUTSAL AHAD


REGU FC VS ILP IPOH

AHAD 29 NOVEMBER 2009
JAM 8.00 MLM
KEPADA
AHAD 6 DISEMBER 2009
JAM 8.00 MLM
SPORT PLANET IPOH

Barisan Kemungkinan :
Wan Gk
Pedot ( C )
Rushdi
Jai
Aswad

Simpanan :
Fadhli
Wan2day
Kie
Azrul
Wan kembo
Qayyim
Kecik


KEMENANGAN KEDUA ADALAH WAJIB!!

Read More...

Panduan Menghafaz Al-Quran

Oleh : Ustaz Ibrahim b Zakaria

Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.



B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.



E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Disediakan oleh:
Ustaz Ibrahim b Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK

Read More...

Friday, November 27, 2009

SALAM I'DIL ADHA

SALAM I'DIL ADHA
&
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI
Buat pembaca wan2day dan warga2 Regu Fc.
Esok gotong royong korban 8 ekor lembu chorr...

Read More...

Wednesday, November 25, 2009

REGU FC : KEMENANGAN KITA ADALAH...

SYABAS & TAHNIAH KE ATAS KEMENANGAN PERTAMA

TAPI INGAT !!!!

Persoalan..???
Lahirkanlah rasa kesyukuran tidak terhingga bukan sebab kemahiran kita, latihan kita, taktikal kita & kekuatan pemain kita. Tapi Kesyukuran Pada Allah swt di atas kurniaan yang telah dipinjamkan buat kita. Tanpa pinjaman harta Allah ini, adakah kita mampu perolehi kejayaan demikian?? Hatta untuk makan dan minum..?? Allah telah kurniakan kaki,tangan,kemahiran serta tenaga bagi memudahkan urusan kita. Tapi adakah kita bersedia dengan kaki,tangan,kemahiran serta tenaga bertujuan untuk urusan Allah..?
Ambillah peluang ini untuk melahirkan rasa syukur tanpa berbelah bagi, SOLID pada Tuhan Robbil A'lamin. Jangan kita hipokrit pada diri sendiri, bahkan lagi pada Allah. Berdoa untuk memohon sesuatu bukanlah untuk suatu ketika, tapi ianya berpanjangan..Peliharakah amal ibadah kita, solat kita sebelum kehendaknya kita sesuatu perkara..? Bayangkan sekiranya telah ditakdirkan Allah menarik keperluan kaki kita, bagaimana perasaan kita..? Berbaik sangkalah pada Allah..

-Peliharalah solat kita..
Teruskan berdoa, kerana doa adalah jalan hubungan kita dengan Nya..
Cetuskan dalam hati, kita beriadah ini hanyalah untuk mencari redha Allah dan kerana Allah Taala.-

"Percayalah, bila kita kasihkan Allah, maka Allah lebih kasihkan kita.."

Wallahu A'lam..

Read More...

Monday, November 23, 2009

VIDEO : Liga Futsal Ahad

Rakaman ini adalah rakaman percubaan pertama untuk paparan semua. Insyaallah pada perlawanan seterusnya kualiti rakaman akan ditingkatkan. Maaf di atas keterlebihan fokus..hehe

Read More...

ISU PAFA : Buat Peminat Skor Yob Skor

Oleh : Izham Irwan - Presiden Persatuan Bolasepak negeri Perak (PAFA) Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Hj Jamaludin sepatut nya di beri ruang dan peluang untuk menangani masalah yang di hadapi oleh PAFA dengan FAM.

Ini kerana hutang yang di tanggung oleh PAFA adalah hutang yang berpunca dari pengurusan PAFA pada tahun 2006 hingga 2008 yang lalu.

Tidak perlu Nizar melepaskan jawatan nya,sedangkan masih ada ruang untuk mengatasi masalah tersebut walaupun terdapat pihak yang mempunyai agenda politik mendesak beliau berbuat demikian.(*) Skor yeop Skor !

Kita perlu faham bahawa masalah dengan FAM hanya lah merupakan cadangan dari Jawatankuasa Pertandingan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan belum di putuskan secara muktamad. Sebagai Presiden yang bertanggungjawab, Nizar tidak akan membiarkan perkara tersebut berlarutan, walaupun beliau boleh berbuat demikian.

Pujian harus di beri kepada Nizar, kerana sepanjang penglibatan beliau dalam PAFA, tiada hutang yang di tanggung oleh Persatuan dan tidak timbul masalah pembayaran elaun dan gaji kepada jurulatih dan pemain-pemain serta kakitangan pengurusan. Beliau juga telah menaikkan gaji kakitangan di bahagian pentadbiran PAFA sedangkan selama bertahun-tahun berkhidmat dengan PAFA, kakitangan tersebut tidak pernah di berikan kenaikan gaji oleh Presiden-Presiden PAFA sebelum ini.

Tiba-tiba terdapat beberapa pihak yang melenting , di antara nya bekas pemimpin PAFA dan beberapa orang Ahli Majlis dengan membuat kenyataan di akhbar, mendesak supaya Nizar berundur dan melepaskan jawatan. Sebenar nya mereka lah bekas pemimpin yang telah meninggalkan hutang serta bebanan kepada PAFA selama ini dan telahpun di singkirkan dari PAFA. Di sebalik kenyataan yang di buat, mungkin ada agenda yang tersembunyi di sebalik tabir. Kenapa mereka perlu menyalak sekarang, sedangkan mereka tiada kena mengena langsung dengan PAFA.



Mereka berbuat demikian mungkin kerana ingin mencari publisiti murahan atau di sebabkan memegang bendera berlainan warna. Semasa DYTM Raja Nazrin menjadi Presiden PAFA , tuanku tidak dapat bertahan lama, kerana walaupun tuanku berusaha untuk mengisi tabung kewangan PAFA, pegawai kanan yang di harapkan oleh beliau telah menyalahgunakan peruntukan kewangan yang ada. Ketika ke luar negara untuk memilih pemain import, kuncu-kuncu beliau di bawa bersama tanpa perkenan tuanku. Tidak kah ini menyalahgunakan kuasa. Kerana sikap tamak dan rakus beliau untuk mengaut keuntungan selagi memegang jawatan, apajua kerja-kerja yang mendapat pulangan yang lumayan, semua nya di sapu bersih.. Setelah hal yang sedemikian dapat di hidu oleh DYTM tuanku, dengan itu, tuanku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan selaku presiden PAFA. Samada jujur atau tidak pegawai tersebut , kita fikir-fikir kan lah.

Sekira nya kita berfikir secara professional, wajarkah sebagai seorang Ahli Majlis, kita mendesak presiden untuk meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah sedangkan kita tahu punca masalah sebenar. Semasa mula-mula mengambil alih kepimpinan PAFA, semua Ahli Majlis memuji Nizar dan berikrar akan menyokong kepemimpin beliau. Lagipun ketika itu, Nizar adalah MB Perak. Biasalah pada golongan hipokrit ini, sikap mengampu dan bermuka-muka telah bersemadi di jiwa mereka, tanpa di sedari oleh Nizar. Ketika itu, Nizar berharap dan percaya, bahawa semua Ahli Majlis akan membantu beliau untuk memastikan Perak akan cemerlang dalam sukan bolasepak tanpa mengira warna bendera. Itu lah kesilapan besar yang Nizar telah lakukan. Kalau tidak masakan Zainol Fadzi, musuh politik beliau, di lantik sebagai pengurus pasukan Piala Presiden. Jadi, apabila kemelut dengan FAM ini melanda PAFA, kenapa tiba-tiba mereka tidak memberi sokongan dan membantu Nizar, sebalik nya menikam beliau pula.

Mudah saja jawapan nya, kerana Nizar bukan lagi MB Perak, dan tidak perlu lah Nizar di ampu ataupun di tatang mahupun di sokong. Lagi pun, Nizar bukan orang UMNO. Selain daripada itu, terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ yang telah merancang untuk mengambil alih pengurusan PAFA. Bayangan cabinet PAFA musim 2010 – 2012 telahpun di susun dan beberapa Ahli Majlis yang tidak bersekongkol dengan mereka akan di nyahkan dari PAFA, termasuk Naib Presiden, Dato’ Seri Abdullah Hishan dari Taiping. Sekiranya Nizar tunduk kepada kehendak mereka, sudah pasti pengurusan di PAFA bertambah kusut dan siapa kah yang akan mentadbir PAFA? Kesempatan ini lah yang di tunggu dan akan di ambil oleh mereka untuk membuat percaturan yang licik untuk merampas kuasa. Jelas termaktub dalam perlembagaan PAFA, jawatan Presiden di pilih semasa AGM dan untuk mengadakan AGM seterus nya, ialah pada tahun 2010. Oleh itu perlu kah EGM di adakan sedangkan masalah dengan FAM boleh di selesaikan sebelum tamat tarikh tempoh yang di berikan. Lagipun tahun 2010, tak sampai dua bulan pun.

Kalau mereka mempunyai prinsip, meletak jawatan adalah cara yang terbaik sekira nya tak sehaluan dengan ‘boss’ tetapi yang aneh nya, mereka tidak mahu meletakkan jawatan. Kenapa? Sebab nya mereka inginkan kuasa untuk mencapai hajat yang di idamkan selain dari menggunakan Persatuan sebagai tempat ‘cari makan’. Setelah Nizar di jatuhkan di persada negeri, maka tercipta lah tiga bendera dalam PAFA iaitu bendera PERAK, UMNO dan PR. Tidak kah ini di namakan ‘politik’ dan siapa yang memulakan nya. Jawapan nya mudah sahaja, Ahli Majlis yang terdiri dari ahli UMNO lah yang memporak perandakan PAFA dan menyebarkan fitnah dan mencipta masalah dari masa ke semasa. Mereka menjalankan peranan sebagai ‘jarum ‘ ke daerah-daerah tertentu bagi tujuan merealisasikan hasrat terpendam. Terlebih dahulu, mereka memujuk supaya Zainol Fadzi bersetuju mengambil alih kepimpinan PAFA, sudah pasti penat lelah mereka akan dapat pulangan yang setimpal kemudian hari dan di beri imbuhan oleh Zainol. Bukan kah tradisi ini di amalkan dalam pemilihan UMNO?

Siapa yang naikkan ‘boss’ akan di beri ganjaran yang setimpal. Selepas itu, mereka akan menuntut apa yang perlu sebagai balasan, termasuk lah jawatan dalam Persatuan kerana alasan mereka, Zainol tidak akan berjaya tanpa usaha mereka selama ini. Semua tindakan ini jelas satu tindakan yang ingin mengheret PAFA ke kancah politik dan menjadikan PAFA satu platform politik bagi mereka. Sekira nya Zainol terperangkap dengan mainan kumpulan ini, karier politik beliau akan malap dan boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang Exco. Oleh itu adalah lebih baik Zainol tumpukan sahaja pembangunan sukan yang ada di seluruh pelusuk negeri Perak dan menjaga KPI beliau.

Persoalan nya, mampu kah Zainol menjadi Presiden yang ada kelas tersendiri, dalam keadaan beliau yang sudah tentu akan sibuk sebagai seorang ADUN dan portfolio yang di sandang nya. Seandai nya beliau mahu pula menjadi pengurus pasukan, supaya di lihat lebih menonjol, siapa kah yang akan mengurus pasukan nanti. Sudah pastilah penolong kepada beliau yang kita sendiri belum pasti siapa, tetapi tidak salah jika kita andaikan , salah seorang dari kumpulan ini akan di lantik. Tak perlu lah kita ambil contoh yang jauh, cukuplah semasa penolong pengurus beliau mengendalikan pasukan Piala Presiden Perak, terdapat banyak tuntutan yang mencurigakan telah di kemukakan semata-mata untuk menyapu kantung PAFA., tetapi berjaya di kesan oleh pengurusan PAFA. Ia nya juga telah sampai ke pengetahuan keluarga pemain dan sembang-sembang di warung-warung di Ipoh, ada yang mengatakan beliau ‘membuat duit’ dengan kepercayaan yang di beri oleh Zainol.

Samada Zainol selaku Pengurus tahu atau pun tidak, kita tak pasti, tetapi sebagai Pengurus, Zainol kena tahu dan sekiranya beliau tahu, kenapa kah beliau menyokong tuntutan tersebut tanpa menyemak nya terlebih dahulu, ataupun beliau segaja menutup sebelah mata kerana sebab-sebab yang tertentu? Seandai nya pegawai serupa ini di berikan jawatan dalam pengurusan pasukan yang lebih besar, tidak kah beliau akan ‚makan besar’. Tepuk dada tanya selera.

Masih ada ruang untuk Nizar memperbaiki serta menangkis serangan dari ‘musuh dalam selimut’ beliau. Singkirkan saja Ahli Majlis yang di lantik oleh beliau yang di dapati sahih menikam beliau. Bagi AJK yang yang di pilih di AGM pula, mereka seharus nya di kenakan tindakan disiplin kerana menentang secara terbuka kepimpinan Presiden dan membuat kenyataan di akhbar tanpa kebenaran Presiden. Kita tidak arif tentang perlembagaan PAFA, tetapi lazim nya, sekira nya kenyataan akhbar hendak di buat oleh sesiapa pun selain dari Presiden, kebenaran mesti lah di pohon terlebih dahulu.

Jelas, kenyataan yang di buat oleh Khairuddin, selaku Naib Presiden, langsung tidak menyebelahi Nizar. Mengapa dan kenapa? Mengikut sumber-sumber yang boleh di percayai, Nizar bukan lah pilihan beliau dan kuncu-kuncu nya untuk menerajui PAFA semasa AGM pada tahun 2008 yang lalu. Walaubagaimanapun, beliau terpaksa akur dengan kehendak ahli gabungan, dan kemenangan beliau sebagai Naib Presiden, adalah di sebabkan percaturan yang di buat melalui SMS kepada gabungan-gabungan tertentu dan strategi yang di praktikkan sejak penglibatan beliau selama 30 tahun dalam PAFA lagi. Jika tidak berbuat demikian, beliau sudah pasti akan tersingkir. Dengan keadaan politik di Perak kini yang tidak menyebelahi Nizar, peluang keemasan ini di ambil oleh beliau untuk membalas dendam dan menyingkirkan Nizar dengan menjadikan salah seorang daripada ahli majlis yang mempunyai jawatan ‘exco’ sebagai ‘batu loncatan’.

Tanpa beliau sedari, sokongan dari daerah-daerah yang menjadi ahli gabungan PAFA dan ahli majlis adalah di perlukan, dan bukan nya mudah untuk mempengaruhi semua daerah kerana kebanyakan nya sudah celik..Mereka menyedari peranan beliau dan sumbangan beliau kepada PAFA selama ini tidak sehebat mana dan boleh di pertikaikan, terutama nya dengan jawatan beliau sebagai Naib Presiden yang hanya duduk di kerusi sahaja. Di katakan hendak membantu dari segi kewangan, ‘jauh panggang dari api’. Lagi pun, mereka berpendapat, khidmat Khairuddin telah sampai di penghujung nya walaupun beliau sendiri tidak beranggapan sedemikian.

Kebanyakan daripada daerah yang bergabung dengan PAFA telahpun bertukar pucuk kepimpinan dan bagi generasi muda yang cerdik, mereka tidak memerlukan pegawai yang hanya mementingkan jawatan untuk kepentingan diri. Namun beliau masih di sokong oleh dareah yang masih tidak bertukar wajah, ini lah realiti nya dalam PB Daerah yang bergabung denag PAFA. Ini kerana hubungan sebagai kawan dengan hanya mendapat habuan ,secawan ‘kopi’ sudah memadai untuk mendapatkan sokongan. Walaubagaimanapun, beliau masih berusaha supaya masih ada ruang untuk beliau bertahan di PAFA.

Sekira nya Nizar enggan melepaskan jawatan dan masih menjadi Presiden PAFA, sudah pasti Khairuddin akan terkubur di mesyuarat Agong yang akan datang dan inilah ‘mimpi ngeri’ yang beliau amat takuti. Oleh itu, usaha secara ‘senyap’ dengan penglibatan beberapa orang yang terpengaruh dengan nya sedang di lakukan untuk menjatuhkan Nizar dan menaikkan seseorang yang masih kabur dalam perjalanan liku-liku yang berduri di dalam PAFA.

Oleh itu semua peminat Perak harus lah memahami situasi dalaman PAFA itu sendiri sebelum menerima bula-bulat kenyataan dan kritikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Fikirkan lah secara terbuka, kerana dalam mana-mana Persatuan sukan di Malaysia, pegawai-pegawai yang suka bermuka-muka, pandai mengampu, yang sudah usang untuk berada dalam Persatuan, mempunyai kepentingan peribadi, inginkan populariti, di fikirkan lebih layak untuk menjawat jawatan. Bagi yang mempunyai idea, pandai bercakap, tidak menurut kehendak golongan tertentu, mereka di anggap sebagai ‘pengacau’ dan mesti di ‘cantas’, dengan apacara sekali pun. Dengan berbuat demikian, bagaimana kah sesebuah Persatuan iti akan maju ke hadapan? Bukan kah cantas mencantas ini hanya terdapat di dalam pemilihan part politik sahaja.

Kegagalan PAFA dalam melaksanakan apajua perancangan adalah di sebabkan oleh :

1. Persatuan itu di politikkan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan politk pihak tertentu dan pengikut-pengikut nya serta membuat keuntungan dengan kedudukan yang ada..
2. Penglibatan orang politik yang mengenakan syarat terlebih dahulu sebelum menyertai Persatuan.
3. Dana yang di perolehi untuk Persatuan tidak di masukkan sepenuh nya ke tabung Persatuan di mana sebahagian daripada nya di ambil untuk kepentingan politik.
4. Perlantikan bagi jawatan Presiden dan Ahli Majlis tidak di buat secara telus. ( ada team A dan B )
5. Setiausaha yang di lantik tidak berpengalaman dalam mentadbir Persatuan.
6. Sikap’neutral’ tidak di amalkan oleh pemegang jawatan dalam Persatuan.
7. Sekadar berpuashati menjadi AJK walaupun sepatut nya telah berundur
8. Penjawat jawatan di daerah-daerah mudah terpengaruh dan di beli, semasa pemilihan di AGM dan lantikan AJK di buat secara ‘package’ seperti di mesyuarat pemilihan Jawatankuasa bahagian.

Sebagai warga negeri Perak yang sayang dan cintakan bolasepak, marilah sama-sama kita fikirkan kaedah yang terbaik untuk menyelamatkan PAFA dari terus di monopoli oleh pihak yang tidak bertamadun ini. Selamatkan lah PAFA dari cengkaman mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.

Mungkin kita boleh berkata, PAFA memerlukan individiu yang lebih layak dan mempunyai kredibiliti untuk membawa perubahan kepada PAFA serta menjamin kebajikan pemain, pegawai serta petugas terlibat. Persoalan nya di sini, apakah Nizar tidak mempunyai cirri-ciri yang di perlukan seperti di atas. Kita tidak usahlah bertanya kepada kumpulan yang hendak menjatuhkan Nizar, cuba kita ajukan soalan ini kepada pemain, pegawai dan petugas yang terlibat itu sendiri. Di situ lah jawapan sebenar yang akan kita dapat. Jangan cakap lah fasal perubahan kepada PAFA, ahhh.....mengarut jer. Cuba kita imbas balik kepimpinan semasa Ramli Ngah Talib, Tajul Rosli, dan Dato, Zahid.

Secara jujur nya, apakah perubahan yang kita nampak. Tidak ada apapun perubahan, hanya yang kita nampak, tumpuan hanya di pengurusan Liga Super dan di monopoli oleh orang politik menjadi pengurus pasukan. Siapa yang menjadi Pengurus, kedudukan ini akan melonjakkan populariti beliau untuk kepentingan peribadi dan politik beliau. Betul, pengurus cari duit untuk pasukan tetapi berapa peratus kah dari jumlah sebenar sumbangan yang di perolehi, di salurkan kepada persatuan mahupun pasukan. Selebih nya di belanjakan ke mana. Kalau ikut logik nya, sekira nya kesemua sumbangan yang di perolehi disalurkan ke pasukan, tiada hutang yang akan di tanggung oleh PAFA.

Sebab itu bolasepak dengan politik adalah dua perkara yang berbeza, tetapi sekiranya pengurusan nya melibatkan orang politik, secara tidak langsung, bolasepak itu akan di politikkan sebagaimana orang itu berpolitik. Tidak salah nya orang politik mahu menguruskan sesebuah pasukan bolasepak, tetapi biarlah pengurusan itu memperlihatkan ketelusan dan kemampuan sebenar beliau.. Lagi pun tidak semesti nya orang politik yang memegang jawatan dalan bidang sukan, akan memastikan kejayaan sesebuah pasukan kerana beliau harus sedar, lantikan yang dibuat untuk bidang sukan di peringkat negeri, adalah lantikan untuk memenuhi kuota exco yang di tetapkan dan bukan nya berdasarkan kepada pengalaman atau kebolehan beliau di bidang sukan.

Bagi mengelakkan perkara tersebut, biarkan lah pasukan di urus oleh mereka yang tidak berkepentingan dalam politik atau perniagaan supaya apa sahaja pergolakan yang berlaku, persatuan itu tidak di politikkan. Jika sekalipun orang politik hendak menerajui PAFA, biarlah mereka bukan nya ‘orang kuat kerajaan’ yang memegang portfolio sukan sahaja, kerana sekira nya beliau tidak memegang jawatan itu lagi, kesan nya akan menimpa persatuan tersebut. Sebagai peminat, kita pula tidak seharus nya meletakkan terus kepercayaan untuk beliau memimpin berdasarkan jawatan yang di sandang nya. Ini lah perubahan minda yang perlu di lakukan oleh pencinta sukan bolasepak di Malaysia.

Kita percaya, sekira nya, PAFA di terajui oleh pegawai yang telus seperti Nizar, pencapaian yang cemerlang dapat di capai dengan izin allah swt. Bagi DS Zamry, masa untuk beliau bersama PAFA bukan lah begitu lama untuk di tunggu, tetapi bersabarlah untuk seketika. Bincang lah bersama Nizar untuk menyelamatkan Perak tanpa mengira warna bendera. Dengan itu, beliau seharus nya memainkan peranan yang lebih efektif supaya Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) tidak di rampas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010