Tuesday, April 20, 2010

AGAMA - Suasana kita diselubungi jahiliyah..

Benarlah kata hadis, Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim )

Lihatlah, suasana disekeliling kita ini yang dikawal sepenuhnya oleh sistem jahiliyah walaupun pemerintah majoritinya terdiri dari Muslim sendiri. Di mana2 sahaja kita berada, tiada ada langsung rasa suasana Islam itu sendiri kecuali adanya bila hari2 kebesaran Islam pada hari2 tertentu.

Kita lihat dari segi kongkongan jahiliyah melalui hiburan, anda pasti akan dijajah secara langsung atau tidak langsung dengan tusukan halus racun2 dunia terutamanya dalam suasana dalam rumah sendiri. Betapa dasyatnya pengaruh dan kesan2 halus ini yang cuma dimainkan hanya dikaca televisyen.

Cuba bayangkan, rata2nya iklan di tv sahaja lebih menonjolkan lagi kaum wanita dimana yang membolehkan rosaknya iman secara tidak langsung. Dengan berlumba-lumbanya program realiti tv yang cuba 'setting mind' bahawa yang kita lupa siapakah yg sepatutnya untuk kita letakkan seseorang sebagai idola..?? Salah satu contoh, Jangan Lupa Lirik. Apakah baiknya disini..? Anda bolehlah fikir sendiri. Kita boleh menghafal lirik dengan mudah. Mulut tidak lekang dengan alunan2 lirik yang menjadi menjadi gilaan semua. Pemain bolasepak cukup2 kita kenali, kita hafal barisan pemain handalan dunia. Statusnya, gajinya, kontraknya dan sebagainya.. mudahkan..

Anak2 yang masih tidak mengerti, pandai juga mengikut rentak irama atau gaya2 yang tidak soleh. Adakah kita sendiri yang mengajar..?cukup hebat pengaruh tv ini, di mana berjayanya musuh2 Islam merosakkan Iman umat Islam. Cukup mudah, tiada kerja kuat yang perlu mereka usahakan. Tetapi orang Islam sendiri yang menjadi tangan2 mereka untuk menjayakan lagi perang halus ini.

Kita boleh lihat sendiri, berapa banyak rancangan yang berunsurkan positif..?Atau rancangan yang mendekatkan diri dengan Allah..? Ada pula filem yang berunsurkan ibadah disekat, tapi tidak pula filem yang 'terdedah bedah'..?

Kita punyai anak, cucu dan cicit serta generasi akan datang, apakah akan terjadi pada 10 tahun akan datang..??

Perbaharuilah Iman kita, bahawa perang musuh Islam ini sentiasa berjalan. Janganlah kita terus leka dan dibuai keseronokan yang akhirnya akan merosakkan umat Islam dan juga fitnah kepada agama Allah.


2 comments:

usop_zali said...

padat isi post ni...btol2 mnyedar kan diri yg sedang hanyut dibuai arus jahiliyah...
jazakallah...

wan2day said...

jzklh..

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010