Friday, June 4, 2010

BERITA - Kapal tak akan tiba di Gaza - Israel

Dari Kosmo Online. (Komen di bawah)


GAMBAR menunjukkan kapal Rachel Corrie.

TEL AVIV - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman semalam mengeluarkan kenyataan tegas bahawa negaranya tidak akan membenarkan mana-mana kapal sampai ke Genting Gaza sekali gus melanggar sekatan laut Israel ke atas wilayah Palestin.

Kenyataan berbaur amaran itu merujuk kapal MV Rachel Corrie, satunya-satunya kapal misi bantuan antarabangsa yang masih meneruskan pelayaran ke Gaza dengan membawa bertan-tan bekalan dan 15 sukarelawan termasuk enam sukarelawan Malaysia serta seorang pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Ireland.

"Tiada kapal akan sampai ke Gaza. Kapal Rachel Corrie juga tidak akan sampai ke Gaza," katanya dalam satu wawancara dengan sebuah stesen radio Israel.

Menurut pemilik kapal itu, Rachel Corrie akan tiba di Gaza lewat malam ini atau pada pagi esok.

"Kami nekad meneruskan pelayaran ke Gaza," katanya yang turut serta dalam misi kemanusiaan antarabangsa tersebut. Seorang anggota Kempen Perpaduan Palestin Ireland, Freda Hughes menyatakan aktivis-aktivis di atas kapal itu tidak akan tunduk dengan permintaan Israel yang mahu kargo kemanusiaan kapal tersebut dihantar ke Pelabuhan Ashdod di Israel. - Reuters


Wan2day - Memang sifat yahudi yang angkuh,bongkak,sombong lagi putar belit. Hanya padaMu sajalah yang memberi balasan pada Yahudi laknatullah. Turunkanlah tentera2Mu dan binasakanlah mereka....

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010