Thursday, July 23, 2009

FRIENDLY : LIVERPOOL VS THAILAND



BANGKOK - Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Thailand dalam perlawanan pra-musim pertama di Stadium Nasional Rajamangala, semalam.

The Reds gagal mempertahankan gol yang dijaringkan Ryan Babel seawal minit keenam apabila pemain gantian skuad bimbingan Peter Reid itu memperoleh gol penyamaan melalui pemain gantian, Panupong Sutee pada minit ke-72.

Thailand terlebih dahulu melakukan serangan terhadap pasukan bimbingan Rafael Benitez dan Datsakorn Thonglao melakukan percubaan dari jarak 28 meter, namun bola tersasar.

Liverpool yang rata-rata menurunkan pemain muda memperoleh gol pertama melalui penyerangnya, Babel pada minit keenam selepas menerima hantaran dari ketua pasukan,

Jamie Carragher.

Selepas 15 minit beraksi Thailand lebih banyak bertahan tatkala Liverpool melakukan beberapa serangan melalui gandingan penyerang muda, David Ngog dan Krisztian Nemeth.

Pada minit ke-20 Lucas melakukan hantaran cantik kepada Babel, namun sepakan voli yang dilakukannya tidak menepati sasaran.

Sebaik separuh masa kedua bermula The Reds melakukan tujuh pertukaran dengan memasukkan pemain berpengalaman termasuk Glen Johnson, Andriy Voronin dan Javier Mascherano.

Mascherano melakukan percubaan dari jarak jauh pada minit ke-63 tetapi ditumbuk keluar oleh penjaga gol Thailand, Kosin Hathairattanakool.

Thailand memperoleh gol penyamaan pada minit ke-72 hasil gerakan menarik Sutee yang berjaya melepasi pertahanan Liverpool.

Pada minit ke-80 Liverpool memasukkan penyerang sensasi mereka, Fernando Torres menggantikan Daniel Pacheco, namun gagal mencari gol kemenangan sehingga perlawanan tamat.

Dari Utusan Malaysia.


Komen wan2day :
Aku berpeluang tengok perlawanan di antara Liverpool dengan Thailand di Astro, di mana pasukan Thailand banyak maju dan ada terkelas tersendiri berbanding Malaysia. Kawalan bola yang baik, stamina juga baik dan memberi tentangan sengit sehingga wisel penamat. Bila menyaksikan perlawanan ini, sedap mata memandang dengan kedua2 pasukan menyerang balas. Daya semangat juang yang tinggi, kalau dilihatkan pada penyokong lebih 80% penyokong Liverpool. Senang cakap tak bosan dan tak lembap. Apa la alasan pemain Malaysia, fizikal sama saiz je dengan orang Malaysia dan makan pun ada la beza sikit..

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010