Thursday, July 2, 2009

PETUA BERHENTI MEROKOK


AMARAN : Bukan petua dari Kementerian Kesihatan atau mana2 website serta blog..hehe
Buat sahabat2 dan rakan2 yang masih diselubungi asap misteri..


Salam.. alhamdulillah hampir 3 tahun lebih wan2day telah keluarkan salah satu jalan yang boleh merosakkan 'jiwa' dan kesihatan diri. Berhenti merokok merupakan cabaran dan rintangan yang amat sukar untuk kita tempuh baik wan2day serta perokok2 tegar yang lain. Sebenarnya kita berhenti merokok ini bukannya berdepan dengan ketagihan semata2, tapi difikirkan lain2 aspek seperti mengikut kata nafsu yang paling utama. Kata orang adalah nekad..??

Apakah dengan hanya meletakkan syarat tertentu pada diri untuk berhenti merokok..?atau Adakah perlu nekad untuk berhenti merokok..? Makan gula-gula..? Makan ubat..?Kebanyakkan perokok lebih me'nekad'kan diri tanpa memohon doa serta berserah pada Allah.. Dalam proses berhenti merokok ni, wan2day ingin berkongsi pengalaman dan cara2 yang di amalkan, mudah2an berkekalan hendakNya.

Pertama kalinya : wan2day perlu meletakkan nekad dahulu kerana kita hendak bertarung habis-habisan dengan ketagihan rokok dan nafsu. Antara amalan2 yang dilakukan dengan memakan atau spare gula2 atau apa2 gantian untuk hilangkan atau lekakan ketagihan selepas MAKAN dan waktu terluang. Maksud lekakan di sini kita alihkan tumpuan supaya berbuat sesuatu selain tanpa buat apa2 kerana ini mengakibatkan ketagihan dan rangsangan untuk merokok. Jangan bergantung pd gula2 semata2, kuatkan semangat dgn pujukan hati supaya bertenang dan bersabar (dah banyak org ckp, aku dah try gula2 dah tp tak mau pun.kalau nak harap gula2 dah berapa ramai dah berhenti). Takkan gula2 yang kurang mudarat korang tak boleh nak belanja sikit..Merupakan langkah yang dianggap ringan, sekurang2nya kita boleh mengurangkan dari 10 btg sehari kepada 6 btg.. INGAT !!!...Proses nak berhenti ni bukan setakat seminggu 2 minggu percubaan, merupakan diulang2 bagaikan proses tarbiah yang tidak putus2..hehe..Ok, selesai.

Kedua kalinya : Disamping persediaan praktikal, persediaan dan kekuatan jiwa sangat2 lah memainkan peranan. Ingat kita power sangat ke tanpa bantuan Allah..??? Masa ni kita muhasabah dan beserah pada Allah kerana kita berhenti bukanlah suka2 tapi hanya mencari redha Allah semata2. Setiap waktu solat, selesai shj wan2day memohon kepada Allah dengan hati betul2 mohonkan bantuan dgn keikhlasan semoga Allah berikan kekuatan serta bantuan dalam usaha meninggalkan perkara 'makruh' ini. Selangkah kita hendak dekat dengan Allah, berlari Allah hendak mendekati kita.. maknanya 'peruntukan' tu ada, tapi kita tak pernah pun buat 'permohonan'.. Insyaallah, semoga Allah memakbulkan dan mendapat kekuatan untuk niat suci kita ini..Percayalah !!! Bila dah berhenti nanti, rasa nak tampar2 muka orang yang merokok sebelah kita.

Kronologi : Percubaan pertama wan2day pernah berhenti selama 4 bulan sahaja dengan makan gula2 semata2 tanpa bantuan Allah tapi hanyalah sokongan dari 'seseorg' sahaja. Bila 'seseorg' dah tiada, menyedutlah kembali akan asap itu..titik. Pengalaman wan2day merokok dan disampingnya sekitar 8 thn lebih (1997-2005).


Tips ini lebih kepada cara rohani kerana memberi kesan pada jiwa dan hati.

Semoga Allah kekalkan diri di atas jalanNya dan sentiasa mendapat berkat hidup serta tidak sesekali akan melakukan kembali perkara yang lalu..Amin


-wan2day-

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010