Tuesday, September 28, 2010
SAKIT - Kenapa dengan Wan..??
Friday, September 24, 2010
PALESTIN - Netanyahu : Palestin wajib iktiraf Israel sebagai Negara Yahudi
(Komen di bawah.)
Jumaat ,24/09/2010 – Perdana Menteri rejim Zionis menyatakan lagi gesaannya agar pihak Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan menegaskan bahawa pihaknya tidak sekali-kali akan menarik balik gesaan ini.
Kenyataannya itu diucapkan dalam satu mesyuarat ketua-ketua organisasi Yahudi di Amerika Syarikat. Netanyahu berkata bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak boleh mencari alternatif lain kepada gesaan ini dan mesti mengumumkan secara terang-terangan yang pihak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi kerana ianya adalah sebuah negara untuk bangsa Yahudi.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa
Wan2day - Memang gila ..!! Hang pecah masuk rumah orang, lepas tu minta tuan rumah iktiraf hang sebagai tuan rumah. Memang dasar @#%& kerajaan haram Israel. Ada orang kisah tak dengan kenyataan PM Haram ni..?? Hatta PBB dan sekutunya bahkan negara Arab sekeliling pun tak ambil kisah. Terang-terang punya kenyataan angkuh, dan tentulah kezaliman mereka sendiri ke atas rakyat Palestin. Tapi bukan kerajaan Hamas yang dilabelkan sebagai pengganas atau dalang dalam ancaman proses damai. Sudah berabad proses damai..hasilnya..??? Proses damai adalah merupakan jalan untuk menutup kejahatan Israel. Mahmoud Abbas...?? Angguk-angguk, turutkan aja...
Ingat sikit..!! Israel cukup takut dengan kebangkitan INTIFADA rakyat Palestin berbekalkan batu..
HIDUP PALESTINA !! SELAMATKAN AL-QUDS..
TREND - Pakai tudung ada bonggol unta
Komen -
Terpanggil untuk siarkan tentang artikel berkenaan pemakaian tudung trend ala masa kini. Zaman moden, zaman rosak akhlak, jadi kena la ikut. Suasana sekarang tidak ubah seperti "Biar Islam ikut kita". Begitulah ciri2 Islam sekarang, ciri2 Islamnya ada had ada hari. Islam bertempat senang kata.
Di mana2 sekarang pasti kita dapat lihat pemakaian tudung cara ini. Sengaja di angkat seperti benjolan bonggol unta. Bahkan sekarang di dalam drama2 televisyen pun pelakon-pelakonnya bertudung sedemikian rupa. Iklan secara tidak langsung. Sungguh licik mainan musuh2 Islam sendiri, di mana orang Islam sendiri jugalah yang memainkan peranan. Serius cakap la, MEMANG TAK CANTIK LANGSUNG. AGAK PELIK ADA BONGGOL2 NIH...
Oleh: Nik Noor Azman Ghazali
Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dlm pic diatas. Memakai tudung y menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan kawan2 semua . Renungkanlah hadith2 dibawah :
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212.
Thursday, September 9, 2010
RAYA - Salam I'dilfitri Maaf Zahir & Batin
Tuesday, September 7, 2010
GAMBAR - Sambutan Hari Merdeka ke53 di Kelantan
Di ambil dari Tranungkite.net
Sambutan yang dalam suasana Islam, sederhana dan terpancar roh Islam secara tidak langsung. Inilah orang kata, benda sikit tapi berkat.
RAYA - Perkara2 Sunat di Hari Raya
As-Syeikh Qulyubiy di dalam kitab Hasyisyatan telah menyebutkan bahawa sunat hukumnya menghidupkan malam hari raya dengan berzikir, mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih. Adalah memadai menghidupkan malam ini pada sebahagian besarnya dan sekurang-kurangnya ialah dengan menunaikan sembahyang Isyak berjemaah serta berazam menunaikan sembahyang Subuh (dengan berjemaah).
2. Melaungkan Takbir Hari Raya
Sunat melaungkan takbir dengan suara yang jahr (nyaring), sama ada di rumah, masjid, pasar atau sebagainya pada malam hari raya fitrah dan hari raya adha selepas terbenamnya matahari sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Takbir ini dinamakan mursal dan mutlaq (takbir yang tidak terikat selepas sembahyang dan dilaungkan bila-bila sahaja). Sementara takbir muqayyad (takbir yang terikat dan dilaungkan sebaik sahaja selesai sembahyang fardhu, sunat, tunai atau qadha), takbir muqayyad ini khusus bagi hari raya adha dan bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Bermula takbir tersebut pada Subuh hari arafah sehinggalah asar di akhir hari tasyriq.
Apabila bertepatan malam hari raya itu dengan malam Jumaat, menurut asy-Syibramalisiy, lakukanlah pada malam tersebut dengan bertakbir, membaca surah al-Kahfi dan berselawat kepada Nabi Shallahu alaihi wassalam.
Orang yang menunaikan haji atau umrah tidak disunatkan bertakbir hari raya adha melainkan selepas dia mengerjakan sembahyang zohor di hari raya Aidil Adha. Mereka disyariatkan bertalbiah di malam hari raya itu.
3. Makan Sebelum Sembahyang Hari Raya Fitrah Dan Sunat Tidak Makan Sebelum Sembahyang Hari Raya Adha
Sunat makan terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang hari raya fitrah dan sunat menahan diri sebelum mengerjakan sembahyang hari raya adha.
Pada hari raya fitrah itu sunat makan beberapa biji tamar (dengan bilangan yang ganjil) sebelum mengerjakan sembahyang hari raya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu anhu, katanya:
"Rasulullah Shallahu alaihi wasallam tidak keluar di awal pagi hari raya fitrah sehinggalah Baginda makan beberapa biji tamar. Berkata Murajja bin Raja: Diceritakan kepadaku Ubaidullah katanya: Diceritakan kepadaku Anas daripada Nabi Shallallahu alaihi wasallam: dan Baginda memakannya (tamar) dengan bilangan ganjil."
4. Mandi Sebelum Sembahyang Hari Raya
Sunat mandi sebelum mengerjakan sembahyang hari raya sebagaimana disunatkan mandi sebelum sembahyang Jumaat. Ini kerana hari tersebut berkumpul ramai orang untuk mendirikan sembahyang.
Demikian juga sunat berharum-haruman, menghilangkan bulu-buluan, memotong kuku dan menghilangkan bau-bauan pada badan dan pakaian. Dalam hal memotong kuku dan menghilangkan bulu-buluan ini tidak disunatkan bagi mereka yang hendak melakukan ibadat korban melainkan setelah menyembelih binatang korbannya.
Sementara waktu mandi pula, menurut pendapat yang ashah dan disepakati oleh ulama-ulama Syafieyyah harus mandi selepas fajar atau sebelumnya.
5. Memakai Pakaian Yang Cantik
Sunat memakai pakaian yang terbaik. Afdhal memakai pakaian berwarna putih. Jika seseorang itu terdapat dua pakaian yang sama terbaik dan eloknya, maka yang putihlah diutamakan. Jika pakaian yang terbaik itu bukan berwarna putih, maka pakaian tersebut lebih afdhal daripada pakaian yang putih. Sunat juga memakai serban.
Menurut ulama-ulama Syafieyyah, bahawa memakai pakaian yang terbaik, berharuman, mandi, menanggalkan bulu-buluan dan menghilangkan bau-bauan, selain disunatkan bagi orang yang pergi mengerjakan sembahyang hari raya, bahkan disunatkan juga bagi yang duduk di rumah. Ini kerana hari tersebut merupakan hari perhiasan.
6. Makmum Lebih Awal Datang Daripada Imam
Sunat bagi makmum datang awal selepas fajar bagi mengambil tempat duduk untuk mengerjakan sembahyang hari raya. Sementara sunat bagi imam keluar apabila tiba waktu untuk berjemaah sembahyang hari raya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri yang bermaksud "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam selalu keluar pada hari raya adha dan hari raya fitri, lalu Baginda terus memulakan dengan sembahyang (hari raya). (Hadis muttafaq alaihi)
7. Berjalan Kaki Ke Tempat Mengerjakan Sembahyang
Sunat berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat mengerjakan sembahyang hari raya dan jangan menaiki kenderaan melainkan ada uzur seperti sakit, lemah atau sebagainya. Jika dia menaiki kenderaan juga, itu tidaklah mengapa. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam berjalan kaki ketika hendak menuju ke tempat sembahyang hari raya, kerana itu adalah sesempurna akhlak dan tinggi kedudukan.
8. Pergi Ke Masjid Melalui Jalan Yang Panjang Dan Balik Melalui Jalan Pendek
Sunat bagi setiap orang yang hendak pergi ke tempat sembahyang hari raya, melalui jalan yang lebih panjang dan balik daripada sembahyang melalui jalan yang lain yang lebih pendek. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam di hari raya mengikuti satu jalan kemudian balik mengikut jalan yang lain." (Hadis riwayat Abu Daud)
Menurut Imam asy-Syafie, sunat bagi imam ketika balik, berdiri di suatu tempat dengan menghadap kiblat sembil berdoa.
9. Menyeru Dengan Seruan
Sunat menyeru untuk mendirikan sembahyang dengan seruan ketika hendak mengerjakan sembahyang hari raya. Ini diqiaskan dengan sembahyang kusuf, di mana disunatkan padanya menyeru dengan seruan tersebut. Tidak ada seruan azan dan iqamah bagi sembahyang hari raya, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam mengerjakan sembahyang hari raya tanpa azan dan iqamah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Dari www.ustazmelaka.net.
Monday, September 6, 2010
VIDEO - Selebur2nya dunia..
Jadikan pedoman melalui video ini, walaupun ianya bukanlah gambaran sebenar, bahkan lebih dasyat apa yang kita saksikan. Berilah peluang pada diri kita, paksa lah diri untuk bertaubat dan beserah dirilah pada Allah swt. Sesungguhnya pinta taubat sentiasa terbuka, Allah Maha Pengampun Maha Mengasihani.
BERITA - Iklan raya TV3 ditarik balik
Dari Kosmo Online (Komen Di bawah)
KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.
Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.
Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.
Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.
Wan2day - KAYU !!... Takkan la benda simple macam ni pereka iklan ni tak sensitif..? Kalau lah dia seorang Muslim, sangatlah jahil. Sekolah tinggi2, benda macam ni tak boleh fikir. Boleh pula main2 macam ni. Tadak akai ka..? Tapi kalaulah dia kafir, tak boleh nafikan la. Memang jahil dah, nama pun kafir. Konon2 1Malaysia la... Cehh.... Semangat sangat !!!
Thursday, September 2, 2010
PUASA & RAYA - Syawal seronok, Ramadhan sedih..
Maka, bergempak gepitalah lagu2 raya dimainkan.. Awal lagi yob oii...
Fenomena saban tahun, inilah suasana yang kita lalui. Yang patutnya diimarahkan, dibiarkan ia berlalu. 2 minggu akan tibanya Syawal, kerancakan sambutan Aidilifitri telah terasa bahangnya. Seakan2 bulan yang dinantikan buat umat masa kini. Pada awalnya Ramadhan, pesta menghuni rumah Allah mampu bertahan dalam 2 minggu. Hilang jemaah tanpa kesan..
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

VIDEO - Cita Pemuda (Shoutul Harokah)
SATU HATI BEBASKAN PALESTINA !!!!
Mudah-mudahan terdetik semangat jihad buat para pemuda !!