Friday, August 14, 2009

Belasungkawa Ustaz Asri: Bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku

Email Oleh : dunya wal akhirah
Oleh ZIEMAN

Keluhuran budi Allahyarham Ustaz Asri akan senantiasa dikenang -foto blog Ustaz Asri

BELASUNGKAWA

USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.

Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.

Kumpulan nasyid Rabbani.Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman begitu unik kerana ada konsep tersendiri

Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani. blogspot. com) setiap patah perkataan
bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik, abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....



"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.

Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita.

Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa kehilangan.

Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."

TINGGAL KENANGAN...Saat- saat bahagia bersama anak-anak

Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara sembilan anggota Rabbani.

Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.

Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "

Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan tetap berpesan agar buat kebaikan.

Anak bongsu Allahyarham Ustaz Asri...Hamdi Rabbani yang berusia 4 tahun

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

KUMPULAN RABBANI

Permata hati arwah Ustaz Asri...Hamdi Rabbani

Kumpulan Rabbani telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan".

Ianya dianggotai oleh 9 orang yang membawa kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Anak arwah, Sufiyah Munawarah berusia 6 tahun paling manja dengan Ustaz Asri

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman mempunyai tarikan mereka sendiri kerana konsep yang berbeza.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah.

Antara banyak kumpulan nasyid, konsep muzik Rabbani lebih global dan menampilkan world muzik.

Kegigihan dan kesungguhan kumpulan ini untuk senantiasa memberikan sesuatu yang baru dan terbaik, dibawah bimbingan Ustaz Asri maka terhasillah 'Rabbani Productions (M) Sdn Bhd' yang akhirnya turut mencipta nama dalam bidang perniagaan.

PENGHASILAN ALBUM

Rabbani telah melahirkan 16 album kesemuanya seperti berikut:

Arwah bersama ibu tersayang

1) Rabbani. 19962) ARAH Dari Mana… Ke Mana… 19973) Muhammad Ya Habibi. (Kompilasi) 19984) Ramadhan Remix (Rabbani / H.Madani) 19995) Pergi Tak Kembali. 19996) Iqrar 1421. 20007) Intifada 20008) Aman 20019) Qiblat 200210) Kenangan (Kompilasi) 200311) Epik 200312) Yalla Beena 200413) Suara Takbir 200514) Malam Sinar Maulidurrasul 1427 (VCD) 200615) Ramadhan Syawal 200616) Maulana 200717) Rabbani 1418-1428H 200718) Rabbani 1418-1428H (VCD&VCD Karaoke) 2008

ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM)

1. Album Nasyid Terbaik 2001 - Iqrar - 14212. Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 - Iqrar-14213. Album Terbaik 2001 - Iqrar-14214. Album Nasyid Terbaik 2002 - Intifada5. Album Nasyid Terbaik 2003 - Qiblat

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

1. Penyanyi Nasyid Popular 20012. Penyanyi Nasyid Popular 20023. Penyanyi Nasyid Popular 20034. Penyanyi Nasyid Popular 20045. Penyanyi Nasyid Popular 20056. Penyanyi Nasyid Popular 2006

ANUGERAH ERA

1. Lagu Nasyid Pilihan 2001 - Intifada2. Lagu Nasyid Pilihan 2006 - Nawaitu

ANUGERAH CARTA NASYID IKIM.FM

1. Juara ACNI 2004 - Handzalah2. Naib Juara ACNI 2005 - Yalla Beena3. Vokal Terbaik ACNI 2005 - Yalla Beena

ANUGERAH NASYID MINGGU INI

1. Naib Juara 2004 - Yalla Beena2. Persembahan Terbaik 20063. Penyanyi Solo Terbaik 2006

RINTIHAN ZIKRULLAH

Arwah Ustaz Asri seorang yang amat beratkan bacaan zikir Zikir adalah penawar sewaktu kita hadapi kesedihan dan kegelisahan hati.

Justru 'Rintihan Zikrullah' merupakan album munajat Ustaz Asri yang menghimpunkan zikir-zikir, petikan ayat suci Al-Quran dan bait-bait rintihan.

Sesiapapun akan rasa insaf mendengar alunan zikrullah ini, kolaborasi antara IME dan Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd.

Arwah Asri menganggap album ini begitu bermakna kerana ia banyak memaparkan pengalaman hidupnya.

Malah, Ustaz Asri menghasilkan 'Zikir Lailahailallah' buat arwah ayahandanya, Ibrahim Busro, 83, yang meninggal dunia 27 Mei 2007.

"Ia jadi kenangan manis buat saya kerana arwah sering mendendangkan zikir itu setiap kali bulan puasa," jelas arwah.

Dalam coretan terakhir di blognya, arwah merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjak kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap detik kejayaannya bersama anggota yang lain.

Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.

Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

******************************************
Bismillah

Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarahi jenazah Ustaz Asri, untuk kali terakhir. Walau terpaksa ponteng final touch untuk ke Kampung Orang Asli Teji & Abu esok. Walau tidak sempat untuk menatap wajahnya untuk kali terakhir, namun saya bersyukur, sempat juga saya menghadiri pengkebumian beliau.

Tiba saja saya di Tanah Perkuburan seksyen 21, Shah Alam, sejurus selepas Isya’, ternampak kelibat orang ramai. Masya Allah, orang ramai menghadiri majlis pengkebumian beliau.

Setibanya di tanah perkuburan, jenazah sudah siap dikebumikan, dan doa baru dibacakan.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Ustaz Asri, dan dosa-dosa kami.

Sebak melihat isteri beliau dan anak-anak yang masih berpakaian sekolah. Usai bacaan doa, sedikit ucapan dari seseorang yang saya tidak kenali. Kemudian, Azadan menarik nafas dalam-dalam, menyambung ucapan, berterima kasih. Kelihatan beberapa anggota Rabbani yang lain. Menahan sebak didada.

Takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga beliau, serta para anggota Rabbani yang lain. Yang pergi tetap pergi, pergi meneruskan hidup dialam yang satu lagi.

Usai bersalaman dengan isteri arwah, saya merenung anak-anaknya dari kejauhan. Muadz kelihatan memeluk seorang dari anaknya

Dari satu blog yang saya baca, mengenai Ustaz Asri:

” Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“Sahabat, selamat berehat”.

Dikatakan, sebelum beliau meninggal, beliau sempta meminta senaskhah al-Quran. MasyaAllah!

Dan di blog Abg Razin MESTICA juga.

Terima kasih kepada yang memandu arah, Abai Hijjaz yang ketika itu berada di Kelantan dan juga Muaz HME.

Di antara yang saya temui, Abg Razin Mestica, Inteam [Salah seorang dari mereka kelihatan menitiskan air mata ketika jenazah selamat dikebumikan] , dan ramai lagi, datang untuk pertemuan terakhir di dunia dengan Ustaz Asri.

Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah SWT.. Ameen~ Ustaz, terima kasih atas segalanya.

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…
~Ustaz Asri Rabbani.. Dalam ingatan~

******************************************
Vokalis utama Rabbani meninggal


KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohd Asri Ibrahim (atas), meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Bangsar, di sini akibat sakit jantung, pagi semalam.

Allahyarham rebah kira-kira jam 10.30 pagi ketika raptai pelancaran program Syahadah musim kelima, di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum dihantar ke PMC untuk rawatan.

Adik iparnya, Adha Buyong, berkata Mohd Asri, 40, dan berasal dari Klang, Selangor menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Saya menerima panggilan memaklumkan abang ipar saya pengsan. Pagi tadi (semalam) memang abang Asri mengadu tidak sihat dan muntah-muntah, namun dia tetap menyertai raptai itu,” katanya ketika ditemui di PMC.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam selepas Maghrib, semalam.

Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman Abdul Aziz, Rithahudeen Yaakob, Mohd Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan Affendi Shahabudin.

Antara lagu popular nyanyian Mohd Asri bersama Rabbani ialah Pergi Tak Kembali, Subhanullah, Intifada, Assalamualaikum, Iqra, Di Ambang Syawal, Ingat Lima Sebelum Lima dan baru-baru ini berduet dengan Amy Search menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Kumpulan itu dinobatkan sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama lapan tahun berturut-turut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari pejabatnya ke auditorium untuk menghadiri pelancaran program Syahadah yang akan disiarkan di RTM sempena Ramadan ini.

“Apabila sampai di situ, saya lihat orang ramai mengusung beliau untuk dibawa ke hospital. Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan Asri meninggal dunia.

“Majlis diteruskan, tetapi tanpa persembahan perasmian, sebaliknya memainkan lagu tema program Syahadah menerusi cakera padat,” katanya.

Penerbitan dan Penyelaras Program Syahadah, Ibrahim Zaidi Ismail, berkata beliau terkejut apabila melihat Asri tiba-tiba jatuh sebelum program bermula.

“Kira-kira jam 10.30 pagi Asri masuk studio. Asri memegang mikrofon, tetapi beberapa saat sebelum program bermula Allahyarham rebah ke lantai,” katanya.

Rakan karibnya yang juga anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris menganggap Mohd Asri sebagai idola kerana beliau mula mengenalinya sebelum kemunculan kumpulan nasyid kontemporari lain.

“Malah, banyak kumpulan nasyid sekarang, termasuk Raihan sendiri cuba meniru gaya dan penampilan arwah. Kami menganggap arwah sebagai pahlawan dan ikon nasyid,” katanya.

***************************************
Asri Rabbani meninggal dunia
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA dan METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan. com.my


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Mohd. Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia kira-kira pukul 11.45 pagi selepas tidak sedarkan diri di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri hari ini.

Allahyarham bersama kumpulannya sepatutnya menyanyikan lagu tema sempena pelancaran program Syahadah musim kelima terbitan RTM.

Allahyarham yang mesra dipanggil Ustaz Asri rebah kira-kira pukul 10 pagi ketika membuat latihan nyanyian lagu tema tersebut bersama anggota Rabbani lalu dikejarkan ke Hospital Pantai, Bangsar sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Allahyarham dikebumikan malam tadi selepas Maghrib di tanah perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibunya, Rubiah Ehsan, 70-an di Jalan Ikan Kelisa, Kampung Bukit Lanchong untuk disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Haliza Shahadan, 38, serta enam anak iaitu Mohd. Nasimudin, 15; Mohd. Fathi, 14; Nur Afikah, 12; Mohd. Ilham, 10; Sufiyah Munawarh, 6 dan Hamdi Rabbani, 4.

Menurut isterinya yang juga dikenali sebagai Noor Janah, dia dan anak-anak serta keluarga reda dengan pemergian Allahyarham meskipun berat di hati menerima takdir tersebut.

Menceritakan detik-detik sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Noor Janah berkata, malam tadi, Allahyarham mengajaknya makan malam berdua di luar.

''Allahyarham menyuruh saya memesan apa sahaja makanan yang saya mahu. Pulang sahaja ke rumah, kami terus menonton televisyen berdua.

''Pagi ini, dia mengadu pening kepala dan badannya berpeluh-peluh. Tetapi, dia gagahkan juga ke pejabat.

''Sebelum dia ke RTM untuk rakaman program Syahadah, saya sempat melihat wajahnya, salam dan cium tangannya. Cuma saya tidak sempat untuk memeluknya dengan erat seperti kebiasaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bukit Lanchong, Shah
Alam.

Haliza memberitahu, soal dirinya dan anak-anak selepas ini, dia bersyukur kerana semuanya telah terlatih untuk hidup berdikari.

''Allahyarham banyak menghabiskan masa dengan aktiviti dakwah dan nasyid.

''Tahun ini, dua anak kami akan menjalani peperiksaan penting iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Insya-Allah kami akan tabah jalani hidup selepas ini," jelasnya.

Sementara itu, seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Ubaidullah ketika ditemui memberitahu, sebelum memulakan latihan, Allahyarham batuk dan wajahnya pucat.

''Bagi meredakan batuk, Allahyarham sempat minum air limau dan madu. Bagaimanapun, Allahyarham muntah-muntah sebelum bertolak ke Angkasapuri.

''Walaupun kurang sihat, Allahyarham tetap mahu meneruskan latihan,'' katanya ketika ditemui di Hospital Pantai.

Selain anggota Rabbani, pekarangan Hospital Pantai dipenuhi hampir 100 kenalan dan keluarga terdekat Allahyarham termasuk Nash, Yasin Sulaiman, Amy Search, Mas Omar, Nazrey Johani, Ramli MS, Ali Mamak, Hafiz Hamidun, Ina Naim dan suaminya, Suhaimi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya yang ditemui di Hospital Pantai memberitahu, ketika kejadian, dia melihat pelbagai usaha telah dilakukan oleh anggota Rabbani bagi menyelamatkan Allahyarham.

Katanya, biarpun keadaan cemas, pelancaran program Syahadah tetap diteruskan.

''Secara peribadi, saya sifatkan ini sebagai satu kehilangan besar buat industri nasyid kontemporari. Memang sukar mencari bakat sepertinya,' ' kata Ibrahim.

Asri yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor memulakan penglibatan bersama kumpulan Rabbani pada 1 Mac 1997. Sebelum Rabbani, kumpulan tersebut dikenali sebagai kumpulan Nada Murni.

Selama 12 tahun memperjuangkan irama nasyid, Rabbani telah menghasilkan sebanyak 19 buah album termasuk ARAH (1998), Muhammad Ya Habibi (1999), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Iqrar - 1421 (2001), Yalla Beena (2004) dan Nostalgia Nada Murni (2008).

Bersama Rabbani, pelbagai kejayaan diperoleh oleh Allahyarham antaranya memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 bagi kategori Album Nasyid Terbaik, Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album, Album Terbaik 2001 kesemuanya menerusi album Iqrar - 1421.

*****************************************
Khamis Ogos 13, 2009
Jenazah Ustaz Asri Rabbani selamat dikebumikan
Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL ADZRIN

Jenazah Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421) , Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421) , Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah Asri.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

Menerusi AIM juga, Rabbani pernah memenangi Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) serta Lagu Nasyid terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Rabbani juga pernah memenangi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali di Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian.

***************************************

kemaskini 4.35pm Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Adik ipar allahyarham Adha Buyong dilaporkan berkata Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahzan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau, yang mempunyai enam anak, sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani. blogspot. com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).

Asri rebah ketika pegang mikrofon

rbit dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata beliau terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu bermula.

"Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula dia rebah ke lantai," katanya, sebak.

Beliau berkata kematian Asri meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini adalah hari pelancaran program Syahaddah sempena bulan Ramadan.

"Tahun ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahaddah.

"Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila," katanya.

Pemuzik terkenal tanahair dan bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, Ramli MS berkata pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar terhadap industri muzik nasyid negara.

"Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya... ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar," katanya, yang mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an lagi.

Ramli berkata allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik.

"Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati sesiapa sahaja," kata Ramli. BERNAMA

*****************************************
11.34 pagi 13 Ogos 09, telifon saya berbunyi, saya memandang kepada telifon saya.

Hussian dari Layar Consult

“Assalamualaikum syeikh, apa cerita?” Kata saya

“Waalaikumusalam, ustaz dah dengar berita ke belum?” tanya Hussain.

“Berita apa?” Tanya saya kembali.

“Ustaz Asri Rabbani meninggal” kata Hussain lagi.

“Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun” spontan kalimah ini keluar dari mulut saya walaupun seakan-akan belum percaya dengan berita yang saya dengar ini.

“Sekarang jenazah ada di Hospital Pantai di Bangsar” kata Hussain lagi.

Setelah menyiapkan beberapa urusan, saya terus mengambil kereta dan terus ke Bangsar. Saya sampai ke Hospital jam 12.25, terus turun. Samsul, anak buah saya terus mencari parking.

Ramai orang berkumpul. Saya bersalaman dengan mereka yang sedang berkumpul di tempat berhampiran bahagian kecemasan ini.

Tiba-tiba, Rosli staf dari Layar Consult menghampiri saya.

“Ustaz, mari kita turun ke bilik mayat, pihak hospital dah nak turukan jenazah ustaz ke situ" katanya.

Saya pun berjalan bersama beberapa orang yang lain. Saya sampai ke bilik menunggu jenazah. Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Di bilik ini belum ramai orang. Tak ramai yang tahu jenazah akan dibawa ke sini. Masih ramai yang di atas.

Saya menjengah di satu sudut.

“Muslim Preparation Room No. 1” papan tanda bilik jenazah di Hospital Pantai ini.

12.36, jenazah di usung turun ke tempat ini. Tiba-tiba, kawasan ini dibanjiri manusia. Bersesak-sesak orang, ada wartawan, ahli kumpulan Rabbani dan sebagainya.

“Ok, masuk dua-dua ye” kata pengurus bahagian jenazah.

Kumpulan pertama terdiri dari dua orang masuk. Di dalam telah terdapat beberapa ahli kumpulan Rabbani sedang membacakan surah Yasin. Pintu tertutup dan dikunci dari dalam.

Tak lama selepas itu, pintu dibuka, saya mahu masuk, tiba-tiba seorang Dato’ meminta laluan. Saya memberinya laluan.

““Polis dah ada, tengah tunggu keluarga datang untuk menuntut jenazah” kata beberapa pegawai hospital, menjawab soalan pengunjung yang ada pada ketika itu.

Tak lama selepas itu, dua orang keluar.

“Ok dua orang lagi”, kata penjaga bilik mayat.

Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

Hari ini, Negara kehilangan seorang pejuang di dalam seni suara.

“InsyaAllah, semoga nanti kita dikumpulkan di syurga bersama kekasih kita junjungan besar Nabi SAW” bisik hati saya.

Saya meninggalkan Hospital Pantai. Melihat tempat berakhirnya seorang pejuang seni Islam.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga dan kumpulan Rabbani. Tabahlah. Yang tinggal akan meneruskan perjuangan ini.

Al-Fatihah untuk al-Ustaz Asri bin Ibrahim

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
13 Ogos 09, jam 3.18 petang.

Bilik Jenazah Muslim
Tiba-tiba kawasa ini dipenuhi dengan manusia. Untuk menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Asri

Di kawasan luar hospital
Hospital Pantai, tempat akhir pejuang ini. al-fatihah.. .

Read More...

BERCINTA TANPA BATAS SYARAK



Mencintai dan dicintai adalah fitrah yang Allah s.w.t. masukkan ke dalam hati manusia. tanpa perasaan ini maka tidak akan wujud keluarga dan manusia mungkin akan pupus.yang menakjubkan dengan Islam ialah Islam mengharamkan sekeras-kerasnya zina dan menggalakkan sesungguh-sungguhnya nikah. sedangkan kedua-dua perbuatan ini adalah sama. jadi apa bezanya?

Bezanya ialah satu budaya haiwan dan satu lagi adalah budaya orang berakal dan bertanggungjawab.

Masalahnya sekarang kita dilanda dengan budaya bercinta sambil bermaksiat. kita lihat anak-anak muda sekarang bercinta, berpegangan tangan, berpelukan bagaikan tidak ada apa-apa. yang menyedihkan lagi ianya juga banyak berlaku kepada pemuda-pemudi islam termasuk yang memakai tudung kononnya menjaga aurat. sungguh pelik, bertudung untuk menjauhkan keinginan lelaki ajnabi tapi semua bahagian lain ditunjuk untuk menarik keinginan lelaki ajnabi. tangan kanan membina dan tangan kiri meruntuhkan.

Mengapa golongan perempuan saja dipersalahkan dalam hal bercinta?

Langsung tidak ada niat diskriminasi. tapi sejak zaman para nabi diutuskan kepada kaum yahudi lagi, kerosakan akhlak masyarakat bermula apabila golongan perempuan menarik perhatian golongan lelaki.



"Takutlah (hati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, karena sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israil adalah dalam urusan wanita" (HR Muslim)

Kita tidak pernah mendengar satu zaman orang lelaki berhias hingga merosakkan akhlak perempuan. hingga sekarang sekalipun, yahudi menggunakan perempuan melalui media, kelab-kelab dan lain-lain untuk menarik lelaki. lelaki boleh cerdik dengan semua benda tapi akan menjadi bodoh di hadapan seorang perempuan.

"Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita." (HR. Bukhari dan Muslim)

Sebab itu, untuk menjaga akhlak masayarakat, pastikan golongan wanitanya menjaga kehormatan diri. pasti golongan lelakinya buntu mencari jalan untuk menjadi rosak. tapi jika golongan perempuan mula menarik perhatian, bagi lelaki itu adalah 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Budaya bercinta sambil bermaksiat ini menjadi bertambah biasa hinggakan kita merasa bersalah jika tidak keluar berdua-duaan dengan tunang atau pakwe atau makwe kita. budaya yang asalnya dari orang bukan Islam ini mula menular menyebabkan ramai orang yang kurang ilmu agamanya merasakan ianya perkara biasa.

Adakah salah bercinta sebelum berkahwin?

Jawapan ringkasnya ialah YA. ia hanya tidak salah jika sahabat melakukan perkara berikut:

1. tidak berdua-duaan sama ada ditempat sunyi atau tempat ramai orang.
2. tidak bersentuhan
3. tidak berbual mesra melalui telefon. mengapa? kerana ia boleh mendorong nafsu kepada hal yang tidak sepatutnya.

Persoalannya, berapa peratus pasangan bercinta boleh menjaga 3 perkara di atas?

Ini adalah salah satu masalah besar cuba diatasi oleh baitulmuslim.com. kerana bagi mewujudkan bait muslim atu rumah tangga Islam mestilah dari awal menjaga akhlak dan maruah.

Dari baitulmuslim.com

Read More...

Thursday, August 13, 2009

AWAS...!!! DOA H1N1 YANG SESAT.. SEBARKAN..!!!

Bismillahirahmannirahim..



Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,
Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah seperti yang saya lampirkan.

Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut. Adakah boleh kita mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.

Terima kasih,



Syukor,
Kuala Lumpur


Jawapan:
Waalaikumsalam. ..

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. Tidak pernah saya terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama'-ulama' tanahair ada ulama yang dikenali dengan nama tersebut.

2. Di bawah risalah tersebut dinyatakan, disediakan oleh ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb Sakiran, Bahagaian Dakwah Bebas JAIS, kategori D1, D2 & D3, beserta no rujukan fail dan no HP.

Untuk pengetahuan tuan, ada banyak keraguan di sini :

i. Tidak wujud pegawai dengan nama tersebut bertugas di Bahagian Dakwah JAIS.
ii. Tidak wujud yang dinamakan "Bahagian Dakwah Bebas" JAIS
iii. D1, D2, & D3.. setahu saya ia adalah kod bagi kategori kad tauliah mengajar. Jadi, apa kaitan dengan bahagian dakwah JAIS yang dinyatakan.
iv. No HP yang tertera telah cuba dihubungi, tapi tidak diangkat.

3. Matan doa yang di tulis juga mempunyai banyak keraguan.

i. Dari sudut maknanya, ia seolah-olah bukan doa yang dipohon kepada Allah, tetapi tawassul yang dipohon kepada manusia. Ulama bersepakat bahawa haram bertawassul dengan memohon kepada makhluk. Yang dibolehkan adalah tawassul dengan kemuliaan dan keberkatan orang soleh dan hajat tetap dipohon kepada Allah.

ii. Doa tersebut jelas tidak mengandungi perkataan dalam bentuk apa-apa doa, permintaan hajat kepada Allah. Hanya sekadar tawassul kepada 5 orang yg disebutkan dalam matan ayat tersebut.

4. Saya mengandaikan, ini adalah surat berantai yang disebarkan oleh individu tertentu dan tidak mempunyai apa-apa sandaran nas juga tidak warid (bersambung) dari Rasulullah SAW.

Oleh itu, abaikan sahaja dan wajib kita hindari apa2 amalan yg tiada sandaran nas daripada al-Quran dan al-hadith.

Sekian.

Wallahu a'lam bis sowab.

Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar

2009/8/11 JUNHAIRI BIN ABD JALIL

Read More...

Spam penipuan untuk menceroboh akaun emel anda!!!

Oleh : Amier Selamat

Assalamualaikum.

Berhati-hati jika anda menerima spam sebegini!!!.

Ini adalah spam dan satu cara penipuan supaya akaun anda boleh diakses dan mencuri maklumat dalam emel anda.

Jika anda mendapat emel sebegini sila abaikan dan terus delete

Dia akan meminta username dan pasword anda seperti ini.

Dear Valued Member,
Due to the congestion in all Yahoo users and removal of all unused Yahoo Accounts,Yahoo would be shutting down all unused accounts,You will have to confirm your E-mail by filling out your Login Info below after clicking the reply botton, or your account will be suspended within 24 hours for security reasons.

UserName: ............ ......... ......... ......... .....
Password:... ......... ......... ......... ......... .......
Date Of Birth: ............ ......... ......... ......... .
Country Or Territory:.. ......... ......... ......... ..

After Following the instructions in the sheet,your account will not be interrupted and will continue as normal.Thanks for your attention to this request.We apologize for any inconvinience.


Yahoo! Customer Care
Case number: 8941624
Property: Account Security
Contact date: 2009-08-11

take the survey
Yahoo! Copyright © 2009 Yahoo! Inc. All rights reserved

Read More...

SUBHANALLAH : AL QURAN TAK TERBAKAR

Oleh : Anuar Hashim










Read More...

Tuesday, August 11, 2009

PALESTIN : Musuh lari dari Gaza hasil perjuangan penduduk

Selasa, 11/08/2009 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS mempersendakan kenyataan ketua pengganas Benyamin Netanyahu yang menganggap pengunduran mereka dari Gaza sebagai satu kesilapan. Briged itu menegaskan bahawa pengunduran itu sebenarnya terpaksa dilakukan hasil perjuangan dan keteguhan penduduk Gaza.

Abu Ubaydah, jurucakap Briged al-Qassam berkata dalam kenyataan akhbar pada Ahad (9/8): “Tidaklah pelek jika ketua pengganas, Netanyahu mengisytiharkan kekesalan dan kedukacitaan Zionis terhadap pengunduran mereka dari Semenanjung Gaza.” Beliau juga menambah: “Adalah mustahil bagi mereka untuk kekal di Gaza. Apa yang dinyatakan oleh Zionis hari ini adalah bukti baru terhadap kebenaran logika dan manhaj pejuang Palestin dalam interaksi mereka dengan musuh mereka, Zionis.”

Abu Ubaydah juga berpendapat bahawa kenyataan dan perisytiharan secara jelas oleh Zionis hari ini bahawa mereka tidak akan keluar dari bumi Palestin adalah hasil daripada jaminan diberikan terhadap keselamatan mereka di Tebing Barat akibat penyelarasan keselamatan dengan pihak berkuasa Dayton-Abbas di sana.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Read More...

Monday, August 10, 2009

SUKA-SUKA JADI DUKA



Pada hari Sabtu yang lalu, wan2day berempat beserta adik, pak mertua dan mak mertua pergi memancing tempat biasa yang selalu kami pergi. Tiba di tempat mancing sekitar jam 3.00 petang, cuaca waktu itu agak mendung dan sedikit tenang. Dalam hati memikirkan cuaca yang agak baik untuk aktiviti ini sebabnya tak la berjemur sangat. Lombong ini terletaknya dalam kawasan ladang kelapa sawit milik Kota Bahru Sdn Bhd dan perlu memasuki pintu utama yang mempunyai pagar dan tertera papan tanda arahan mengatakan pagar ditutup pada pukul 7. Rasanya sudah berkali-kali kami ke lombong tersebut, tapi tidaklah mengambil endah sangat tentang papan tanda tersebut. Akhirnya kami tiba di port tempat kami selalu melabuhkan pancing kami, kebetulan ada sekumpulan pemancing yang hendak beredar dan mereka kelihatan hampa kerana kurang hasilnya tangkapan mereka dan sedikit merungut.


Kami pun mulai risau, kalau dah mereka mancing dari pagi hingga ke petang pun kurang hasil, bagaimana kami yang baru tiba ni. Ntah dapat ke tidak. Kebiasaannya kalau memancing di lombong ni, pemancing selalunya tidak pulang hampa disebabkan terdapat berbagai jenis spesis ikan air tawar yang mudah dipancing kerana pasti akan bawa pulang ikan yang banyak. Kami mengendahkan sahaja rungutan mereka tadi, ye la rezeki mereka lain rezeki kami lain. Umpan sudah dibancuh, maka berlontar-lontar la pancing ke dasar lombong. Tak sampai 15 minit pancing pertama telah mengena dengan menaikkan ikan leekoh dalam 600gm. Wahh..ini sudah bagus, tapi mungkin awal lagi atau kebetulan. Pancing kedua dan ketiga menaikkan lagi ikan leekoh dan ara. Kami mula merasa sangsi, bagaimana yang boleh dikatakan ikan kurang dan hampa seperti yang dikatakan pemancing tadi. Kami mula merasa bangga dengan tangkapan masing-masing kerana sehingga jam 6.30 petang kami telah berjaya menaikkan sebanyak hampir 20 ekor ikan seperti ara, leekoh, belontok dan talapia. Betapa seronok dan gembira bila berjaya menaikkan ikan sebanyak itu beserta dengan sorakan yang berjaya menaikkan ikan. Riuh rendah jadinya.. Setelah melihat jam tangan yang telah menunjukkan jam 6.40 petang, wan2day berseloroh.. moh..moh..kang terkurung kite..hehe..

Kami mengemaskan barang dan bergerak pulang. Setibanya saja di pintu masuk, pagar yang kami masuk tadi telah BERKUNCI !!!! ALAMAK.... perkara yang tak diingini telah berlaku juga. Mula memikirkan anak bini kat rumah, takkan nak bermalam kat sini pula. Memang naya kali ini, kebetulan sebelah pagar tersebut kelihatan pekerja indonesia sedang memberi ikan makan. Dengan segeranya menanyakan tentang kunci pagar tersebut dengan harapan agar pekerja tersebut ada memegang kunci pagar itu. Berderau lagi darah, dia mengatakan kunci tiada padanya dan meminta kami bertanyakan pada pondok jaga di luar pagar yang mungkin boleh membantu kami. Kami bergegas berjalan kaki ke pondok tersebut, dan jawapan yang diberikan sedikit memberi harapan yang pak guard itu berkata selalunya pak guard yang menguncikan pintu pagar itu akan berulang alik bagi melihat sekitar kawasan ladang milik majikannya. Jadi, kami kembali semula ke kereta untuk menunggu kalau-kalau ada pak guard yang melalui depan kami.

Sedang asyik melihat ikan2 dalam lombong bersebelahan kami, pak guard yang kami temui dipondok tadi datang berjumpa kami. APAHAL PLAK DAH.. Rupa-rupanya pak guard tadi cuba membantu kami dengan mencuba jalan lain untuk keluar dari ladang tersebut. Ye la dah lama kerja situ, mesti tau selok belok jalan dalam ladang tersebut. Dengan berpandukan serta arahan yang diberikan oleh pak guard tersebut, dalam tempoh 20 minit akhirnya kami berjaya dapat jalan keluar yang kami harapkan dan sambil melihat dan melintas pagar yang berkunci itu.. ALHAMDULILLAH tidak terkata urusan kami telah dipermudahkan olehNya di atas permintaan hambanya yang dalam kesusahan. Kami berbanyak-banyak berterima kasih pada pak guard tersebut kerana sudi membantu kami.

Andai kata la kami tidak menemui pekerja indonesia dan pak guard tadi mungkin kami bermalam di dalam ladang tersebut dengan makan malam hasil tangkapan kami tadi. Sepanjang perjalanan pulang, kami memikirkan inilah hikmahnya bila terlalu seronok sangat akan menjadi duka dan sedih. Bila berseronok tu, beriingat-ingatlah.

-wan2day-

Read More...

Ramai Orang Tak Perasan, berhati-hati

Oleh : Muhamad Radzi Abu Bakar

HATI-HATI DENGAN DAKYAH PEROSAK AKIDAH ISLAM
Susulan dari website “www.thequran.com” yang nyata bercanggah dengan Islam.
Saya dah masuk dan tengok.... nyata website tersebut dibuat Paderi (father Zakaria) yang sengaja untuk mengelirukan umat islam.
Sila rujuk attachment gambar di bawah :-

Fakta “thequran.com” PENIPU 1
Kan telah dimaklumkan pada kita oleh Nabi Muhammad SAW yg Al-Quran kalam Allah itu lengkap dan tiada cacat celanya.... tapi dalam website thequran.com siap bagi tau quran ada error plak.


Fakta “thequran.com” PENIPU 2
Dah ler dia kata quran ada error.... then siap promote bible plak tu dalam error yg dia highlight.

Fakta “thequran.com” PENIPU 3
Yang ini lagi jelasnya….. Bila check IP siapa sebenarnya thequran.com nie membawa
kpd privacy protection… tapi ada ayat boleh check detail di
www.aboutus.org/thequran.com. Hasilnya….. jeng jeng jeng…. Pecah tembelang.



Hati-hatilah rakan2ku… semoga kita di beri hidayah dan petunjuk dari Allah dalam mengenal kebenaran dan kepalsuan….
DAN yang paling PENTING !! FORWARD kan pada rakan2 seagama supaya mereka juga tidak TERPEDAYA!!!

Read More...

Friday, August 7, 2009

SELIPAR HINA ISLAM DI TESCO

EMAIL : SAL PUTRA

Selipar ni aku jumpa sekali lagi(kali ke2) kat TESCO KAMPAR PERAK semalam.
Ianya ada tulisan 'ALLAH' sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan.
Bulan 4 lepas aku jumpa 1st time and aku buat report pada customer service depa minta tarik balik jualan selipar tu kejap tu juga.
Depa tarik balik penjualan selipar tu...


Then semlm aku terjumpa lagi sekali then aku buat report suruh depa tarik balik...
Kali ni aku ambil gmbr sebagai bukti dan aku percaya akan ada lagi kejadian ni akan datang...

Jadi aku minta pada korang semua, tolong siasat benda ni kat TESCO tempat korang. Aku rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni.

Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan "ALLAH & MUHAMMAD" tu.

Astaghfirullah Halazim....

selipar tulisan Allah Muhammad TESCO @ isu hangat
selipar tulisan Allah Muhammad TESCO @ isu hangat
selipar tulisan Allah Muhammad TESCO @ isu hangat
selipar tulisan Allah Muhammad TESCO @ isu hangat

Read More...

Thursday, August 6, 2009

KANGKUNG : AWAS !!!

Oleh MRK albanjari

Kepada pengemar kangkung, berAWAS..lah !!
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda 'when you want to eat' kangkung Saya mendapat cerita ini dari seorang teman. Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea .

Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya.Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia.

Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya.Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersihkan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. wallahu aklam.

Read More...

IKTIBAR : BALASAN MENGANGGU ORANG SOLAT



Cerita ini merupakan kisah benar yang dialami sendiri oleh aku di mana kejadian ini berlaku ketika masih menuntut di Sekolah Teknik pada tahun 1999 yang terjadinya sewaktu solat maghrib. Cerita ini bukanlah untuk membuka aib siapa2, tapi hanyalah sekadar untuk dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita. Memandangkan waktu itu aku juga merupakan pelajar sekolah tersebut dan menetap di asrama sekolah berkenaan, jadi bila berkumpul ramai2 ni dah jadi macam adik beradik. Berbagai perangai dan ragam pelajar sekolah ini baik lelaki dan perempuan sehinggakan ada dikalangan kami adalah doktor dan pakar ala latihan komando..hehe.. mungkinkah waktu itu aku pelajar yang 'baik' kot..

Nak dijadikan cerita, dalam ramai2 kumpulan kami ni ada seorang pelajar yang diberi nama '?'. Dia ni bukanlah pelajar yang terlampau nakal sangat, boleh dikatakan kategori pelajar tak banyak cakap. Cuma ada la kenakalan dan watak ganas tu tetap ada, memandangkan kami waktu itu merupakan pelajar senior bagi pelajar tingkatan 4.. Di asrama kami, pelajar2 diwajibkan bersolat jemaah bersama di surau, malah ada yang solat di dorm dan yang tak solat pun ada. Itu normal kot..hehe.. Kami sekumpulan selalunya turun lambat untuk solat jemaah, tapi tak la lambat sehingga terlepas 2 rakaat. Tapi si '?' memang agak lambat sikit dari kami, cuma salah satu tabiat dia suka cuit 'bontot' orang waktu rukuk. Bayangkan waktu rukuk kalau dan tercuit, tak ke berdiri terus kita ni. Dan ada yang terkejut-kujat malah yang maki hamun pun ada. Tapi kalau pelajar junior kena, jeling je la pasal tak berani nak cakap apa2, kalau banyak cakap nahas la..

Pada satu hari, '?' masih turun lambat untuk berjemaah dan masih juga melakukan aktiviti perkara ala lucahnya, Allah Yang Maha Mengetahui dan Berkuasa Sepenuhnya merupakan petunjuk dan pengajaran bagi si '?' serta pelajar lain, akibat rasa seronok tercuit sana sini, si '?' tersalah cuit salah seorang makmum. Maka berdiri tegaklah makmum itu secara tiba2 yang waktu itu sedang rukuk. Rupa-rupanya mangsa merupakan warden asrama kami iaitu ustaz kami. Ye la kan, tengah cuit-cuit tu mana nak perasan siapa yang dicuitnya tu. Tengah solat tu, aku sendiri terlari khusyuk kerana terdengar pukulan dan penampar yang diberikan ke atas si '?', tak semena-mena aku pula yang jadi tak keruan. Ntah apa la ganjaran ibadah solat waktu itu, hanya Allah yang Mengetahui. Macam-macam andaian dan tanggapan waktu solat tu.. Bagi memastikan persoalan yang bermain difikiran waktu itu, aku risik-risik kepada jemaah yang menyaksikan kejadian itu, maka benarlah sangkaan aku. Bila aku fikirkan balik, itulah hikmah atau pengajaran yang boleh dijadikan iktibar apabila kita sering melakukan dosa serta kemungkaran Allah pasti akan bagi balasan didunia atau akhirat sebagai pengajaran buat kita. Nak-nak lagi menganggu jemaah lain ketika solat..

-wan2day-

Read More...

Wednesday, August 5, 2009

KENTUT ITU MEMBAHAGIAKAN



Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru
muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal,
lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk
dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan
ketawa bersama sama.. Ini akan

menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni
terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan
lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut
mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara
tak langsung akan bertambah baik..

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik
terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin
mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman
lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan
anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???

EMAIL : SAL PUTRA

Read More...

LALAI : JANGAN TINGGALKAN SOLAT

Email : Sal Putra

Ingat !! Masa adalah mati, jangan lagha..

Read More...

Tuesday, August 4, 2009

12 Kejahatan Yahudi

Oleh : AMEER ABDULLAH

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelas 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:

1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta karena tidak mau mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah.”

2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
“Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. mereka menjawab: “Kami dengar, dan Kami menderhaka”. sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):” amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.”

3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.”



“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: “(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterang an (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).”

4. Merubah perintah Allah.
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: “Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya Dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ‘ Ya Allah ampunilah dosa Kami ‘; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik”.”
“Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka) .”

5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
“Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. mereka berkata: “Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.”

6. Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
“Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).”

8. Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
“(Sesudah kamu – Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?”

9. Menyembah patung sapi. (QS.2: 51 dan 92)
“Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)..”
“Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterang an (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.”

10. Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
”Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah) . ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.”

11. Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)
”Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar –”

12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)
”Mereka (Menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu”.”

Read More...

ISA aka PALESTIN

Banyak-banyak gambar, yang ni la menjadi pilihan ibarat di palestin... 5 Bintang.. *****

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010