Thursday, November 19, 2009

WAN2DAY 27 THN DAH...


SELAMAT HARI LAHIR KE 27
WAN2DAY
Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi pinjaman 'hartanya' yg diperuntukkan untuk digunakan sebaik2 yang paling mungkin dalam mencari keredhaanNya. Selagi panjangnya nyawa, selagi dekat diri ini dengan mati. Semoga Engkau murahkan rezeki dalam menampung kehidupan harianku serta dapat jua hambamu ini menyalurkan atas jalan jihad berupa harta dan nyawa.
Mudah-mudahan beroleh kejayaan dan rahmat di dunia dan akhirat.

Read More...

Wednesday, November 18, 2009

HARI LAHIR PUTERIKU 18 NOV 2009


SELAMAT HARI LAHIR KE 2
SORFINA UMAIRAH
Ayah Dan Ibu selalu mendoakan Semoga menjadi anak yang solehah,
Taat kepada Allah serta Ayah dan ibu.
Dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah di duniawi dan ukhrawi.

Read More...

LIGA FUTSAL AHAD : KERATAN KOSMO


Keratan Kosmo, Regu fc tak dinyatakan..?? Sekarang tak umum, adakah......
Klik utk besarkan.

Read More...

KBHI : KEM KELAB BELIA HALUAN IPOH (BROCHURE)



Klik gambar untuk besarkan. tq

Read More...

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Email : KAMARUL SADILA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.



Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. ..

Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah

APA yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-

Winner’s percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. .

12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..

18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

selamat maju jaya……..semoga anak anda menjadi seorang anak yang soleh……
amin

Read More...

Tuesday, November 17, 2009

PENGUMUMAN : ILHAMY HILANG !!

Email dari Haluan Pusat.

Assalamualaikum wr wb


Tuan/Puan yg dimuliakan

Ilhamy - anak kpd Ust Darus - hilang sejak 20 hari lalu. Harap dapat bantu sebarkan poster di bawah. Sama2 doakan semuga beliau dpt pulang dgn selamat, InsyaAllah.

JzkMLlh.

Read More...

Monday, November 16, 2009

BIL HP TINGGI : CELCOM? SONY ERICSON? SPAM?


Salam,

Keliru aku keliru, memikirkan bil hp ku.. (lagu nowseeheart). Timbul persoalan yang bermain dibenak fikiranku, hinggakan perut yang kenyang berasa senak. 1st dalam fikiran aku nak tibai je terus Celcom yang mungkin ada masalah teknikal atau sistem yang mengakibatkan bil semasa aku mencecah RM150.00.

Bil bulanan aku selalunya tak sampai RM80.00. Tak ke pelik. Apabila aku cuba menghubungi pihak customer service Celcom, pihak Celcom juga mengatakan yang bil aku memang RM150.00. Aduhh.. Dia cakap kalau nak semak tunggu bil sampai.

Persoalan kedua.
Memandangkan hp aku jenis Sony Ericson, sememangnya terdapat button wap browsing kat keypad hp. Dengan tak sengaja dan mudahnya akan tertekan wap browsing dan berjalan dengan tenangnya. Adakah sebab ini bil aku naik macam air..??

Persoalan ketiga.
Aku penah terima sms dari wap free true tone dan memberi peluang kat aku untuk mendownload lagu secara percuma. 1st sms tertera RM0.00. Dengan gatai tangannya aku download lagu percuma tu, aku terima sms RM1.00. Dan dalam sms tu, ada maklumat mengatakan yang aku telah mendaftar wap true tone dengan bayaran RM1.00 Seminggu. Jadi tak lah ambil heran sebab memikirkan RM1.00 Seminggu sahaja. Adakah dengan sms spam ini aku terkena...??



Persoalan keempat.
Dalam bulan ni memang aku kerap pakai yang amat sangat. Sebab banyak berhubung dengan pemain2 Regu fc utk turun latihan, perlawanan persahabatan, bertanyakan tentang itu tentang ini. Yang boleh dikatakan sebagai Menteri Perhubungan. Tapi pelik juga, sebabnya pada 9.11.2009 bil semasa RM34.75 dan selepas 3 hari kemudian aku cuba semak bil semasa dan tubik RM150.00. Kalau ikut tarikh hari ni, maunya RM170 kot...huh.. Adakah sebab ini juga..??

Apakah hikmahnya disebalik kejadian ini, adakah sebab kelalaian aku Allah telah memberi bala kecil pada aku..? Muhasabahlah diri ini. Inna Lillah Hiwainna IlaiHirojiun..

-wan2day-

Read More...

Sunday, November 15, 2009

KEPUTUSAN : REGU FC VS SKFC

LIGA FUTSAL AHAD (PASSED)

REGU FC 6 VS SKFC 3

AHAD 15 NOVEMBER 2009
JAM 3.00 PTG
SPORT PLANET IPOH



Ringkasan :
1st half.

Permulaan permainan yang amat baik, hasil serangan bertali arus dlm tempoh 10 minit berterusan. Gol2 kebanyakannya hasil tendangan jauh dari tepi dan tengah. Gol awal amat meningkatkan mental kami semua, untuk terus maju untuk memburu gol bagi mendapat kedudukan selesa. Pihak lawan banyak bertahan dengan sekali sekala melakukan counter attack. Wan gk bertindak cemerlang dengan menangkis cubaan2 bahaya dari pihak lawan. Kesudahan untuk 1st half dengan mendahului Regu Fc 5 - Skfc 1. Gol2 dijaringkan oleh Pedot Kapitan 4 dan Kie 1 gol.

2nd Half.
Wan2day dimasukkan dan diletakkan di bahagian kiri serangan. Hasilnya gol ke 6 dijaringkan oleh wan2day dengan satu tolakan mudah berjaya menewaskan gk yang agak padat di tiang golnya. Perghh...syiokk oo.. Pada 2nd half ini, Skfc lebih banyak melakukan serangan, mereka seolah2 mendpt tonik ajaib yang menyebabkan kami kehilangan kawalan pemain mereka, dlm tempoh 6 minit mereka mendapat 2 gol hasil kelemahan kawalan pertahanan kami. Coach bertindak mengeluarkan pemain2 serangan, dengan lebih banyak meletakkan pemain2 pertahanan bagi menghabiskan masa perlawanan...Prittt...Akhirnya kemenangan WAJIB PERTAMA kami berjaya.. Kekalkan momentum, kawal mental supaya tidak girang tentang kemenangan pertama ini... Syabas semua !!!

*
Man Of the match RUSHDI...


Kasi pecah lemak dulu..

Ref check line up dan lesen.


Sebahagian penyokong.

hurm...

*Nantikan perlawanan akan datang pada 29 November 2009.. Kemenangan kedua WAJIB !!

KEMENANGAN PERTAMA ADALAH WAJIB !! ALHAMDULILLAH..

Read More...

Saturday, November 14, 2009

REVIEW LIGA FUTSAL : REGU FC vs SKFC

LIGA FUTSAL AHAD

REGU FC VS SKFC

AHAD 15 NOVEMBER 2009
JAM 3.00 PTG

SPORT PLANET IPOH

Barisan Kemungkinan :
Wan Gk
Pedot ( C )
Rushdi
Jai
Aswad

Simpanan :
Fadhli
Wan2day
Kie
Azrul
Wan kembo
Qayyim

Kecik


KEMENANGAN PERTAMA ADALAH WAJIB!!

Read More...

Friday, November 13, 2009

REGU FC : Update

Salam,

Di atas kehendak team Regu fc, pasukan kami telah mengenalpasti untuk melakukan sedikit rombakan yang terakhir lagi muktamad dan tepat. Terdapat seorang pemain ( Haznan ) terpaksa kami gugurkan dari pasukan di atas faktor kecederaan yang berpanjangan, juga mengelakkan sebarang risiko yang akan mendatang tanpa diduga. Bagi mengelakkan sebarang gangguan dan permasalahan dalam team, beliau menerima dengan terbuka hati serta memahami kehendak pasukan. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.

Dan terdapat salah seorang pemain ( Amran ) yang dinaiktarafkan dari pemain kepada jurulatih. Memandangkan jawatan jurulatih masih dalam kekosongan serta merangkap juga sebagai pengurus bagi mengendalikan team sepanjang perjalanan liga ini berlangsung.



Dengan itu secara automatiknya, pasukan telah membawa masuk lagi 2 orang pemain baru bagi menggantikan tempat Amran dan Haznan yang digantikan oleh Aswad dan Jai.

Malam tadi berlangsungnya satu lagi perlawanan persahabatan dengan JPS yang berkesudahan kemenangan yang besar. Aswad dan Jai menunjuk satu gerak permainan yang mengikut kehendak team, adalah pilihan tepat untuk menggerakkan lagi bahagian serangan. Diharapkan momentum dalam perlawanan sebenar amat2 lah menyerlah termasuk pemain2 yang lain.
good luck Regu fc...

-wan2day-

Read More...

Tuesday, November 10, 2009

DAKWAH OOH DAKWAH

Email : Abu Riduan

Dakwah itu panjang
Lestarinya berat
Jalannya payah
Tapi hakikatnya indah

Dakwah itu bukan serius
Tidak sehingga misai dan janggut melentik menjadi penghalang
Bukan juga lantaran niqob yang menutupi wajah engkau harus diam

Tetapi dakwah itu kebaikan yang engkau serlahkan
Apa jua cara, biarpun tanpa suara

Dakwah itu bukan berlawak sehingga ketawa nampak gusi
Gelak berdekah-dekah untuk mengambil hati
Akhirnya maksud tidak sampai
Yang keluar hanya kata-kata tanpa isi
Membazir masa dan kurang thiqoh
Sehingga orang pun malas mahu ambil peduli

Tapi dakwah itu kebaikan yang engkau kerjakan
Kemungkaran yang engkau elakkan

Dakwah itu tidak hanya ceramah
Bukan hanya melafaz firman Tuhan
Tidak hanya sekadar menitipkan sabda junjungan
Tetapi hakikat yang lebih besar menanti di hadapan
Sejauh mana engkau mengamalkan apa yang engkau serukan kepada insan

Wahai dai'e
Wahai kawan
Selagi hidup usahalah agar dakwah itu menjadi teman
Ambillah seberapa banyak derap perjuangan ikhlas kerana Tuhan

Dakwah itu adalah dirimu
Dirimu itu adalah dakwah
Pastikan selagi engkau bernafas
Ia tidak akan terpisah

Read More...

VIDEO : HINA ISLAM

Read More...

FUTSAL : Perlawanan persahabatan



Salam,

Tinggal beberapa hari lagi perlawanan liga futsal akan berlangsung. Disamping itu Regu fc mengadakan perlawanan persahabatan untuk memperaktikkan taktikal bagi digunapakai untuk perlawanan liga nanti. Beberapa perlawanan melibatkan Regu Fc, hasilnya :



Regu fc 8 vs Canning Fc 9 (Chinese)
- Minit2 terakhir Canning fc menjaringkan gol mudah hasil kesilapan GK, namun kombinasi antara Pedot dan Kecik amat jayanya.

Regu Fc 7 vs Tanpa Nama 8 (Melayu)
- Merupakan perlawanan yang menarik, kedua2 pasukan sering serangan. Regu Fc lebih banyak membuat cubaan2 bahaya, GK pihak lawan agak tangkas menangkis serangan2 kami.
- Masa seolah2 tidak mencukupi, hasilnya kami digagalkan lagi dengan jaringan yang membezakan satu mata.
Rumusan :
Setelah dilihat dan dinilai dalam kedua2 perlawanan ini, Regu Fc mampu menjaringkan gol bagi 30 Minit pertama. Kebanyakannya Regu fc terlebih dahulu mendahului jaringan gol diawal permainan, di hujung2 perlawanan, pasukan lawan dapat mendahului hingga ke akhir perlawanan. Dapat dilihat faktor stamina Regu Fc amat berkuasa pada permulaan perlawanan, ini amat penting di mana gol awal amat2 diperlukan bagi menyelamatkan mental2 para pemain dan pasukan. Namun agak khuatir berada dihujung permainan, di mana stamina seolah2 beransur hilang dan hanya mampu bertahan. Dengan ini, Regu fc telah mengenalpasti beberapa pemain yang diletakkan sebagai kesebelasan utama pasukan. Perlawanan persahabatan ini juga di kira sebagai kayu pengukur tahap keserasian dan taktikal pasukan. Mudah2an keputusan pada perlawanan sebenar adalah keputusan positif. Kemenangan pertama kami adalah WAJIB.

-wan2day-

Read More...

Monday, November 9, 2009

VIDEO : Hang Tuah Utara



Sukanya aku melihat video ni.. geli jiwa ooo

Read More...

Sunday, November 8, 2009

FINAL PIALA MALAYSIA - KELANTAN ???


Salam.

Inilah perlawanan akhir yang paling bosan..Pertama kalinya, terasa kiciwa di atas kekalahan Kelantan memandangkan Kelantan merupakan pasukan pilihan 'kawe'. 'Kawe' rasa seolah2 Kelantan akan menjuarai Piala Malaysia di mana serangan psikologi di akhbar yang mengatakan pasukan pilihan utk juara. Akhirnya serangan menjadi, tumbang jua Red Warrior. Tahniah buat N9...Pengadil pula kelihatan 'kenan' wisel, sering meniup wisel terhadap kesalahan2 ringan yang banyak menjejaskan perlawanan.



Syabas buat penyokong Kelantan di atas kehadiran 70 000 rakyat yang nyata 'memerahkan' stadium dengan sorakan yg padu...NAMUN, mereka ini jugalah yang menjadi duri dalam daging buat KAFA, seolah2 tragedi di Kelantan berulang kembali yang mengingatkan kembali rusuhan selepas perlawanan Liga Super di antara Kelantan dan N9.


Tiba2 'kawe' menjadi marah di atas sikap penyokong yang masih dihantui kegilaan kehendak nafsu yang mendalam @ bodoh @ tidak profesional.


Mercun memang tak dapat dielakkan..


Padan muka makan asap..


Read More...

Friday, November 6, 2009

PALESTIN : Rejim Zionis mengarahkan rakyat Palestin menghancurkan rumah mereka sendiri.



Rabu , 04/11/2009 – Rejim Zionis telah memaksa rakyat Palestin untuk menghancurkan rumah mereka sendiri di Jabal Al-Mukabir di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis.

Suleiman Mashahra mengatakan bahawa dia telah dipaksa untuk merobohkan sendri rumahnya atas arahan dari Rejim Zionis, yang mengancam bahawa dia harus menanggung kos penuh perbelanjaan yang sangat tinggi sekiranya pihak Rejim Zionis yang merobohkan rumahnya.

Mashahra merayu kepada semua pihak yang prihatin, pegawai dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, untuk membantunya dalam menentang perkara ini. Tambahan pula, dia merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga besarnya dan tidak mempunyai tempat lain untuk melindungi keluarganya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul


Wan2day : Apa ke bangsatnya penjajah haram laknatullah ni, datang ke rumah orang,buat macam rumah sendiri. Masuk rumah orang suruh minta tuan rumah runtuhkan bilik, gila... Semoga Allah memberi balasan yang dasyat ke atas musuh2 Islam ini. Bersabarlah dan pohonlah kekuatan mudah2an Allah turunkan bantuan ke atas rakyat Palestin..

Read More...

Thursday, November 5, 2009

Nostalgia Musim Haji Tahun 1953...

Email : mohd naim mohd zain

Jemaah mula mula sampai di Pelabuhan Jeddah pada tahun 1953..

Juga kedatangan mereka di Lapangan Terbang Jeddah.....

Jemaah Jemaah Haji sewaktu duduk di Mina. ketika menyediakan makanan...


Melontar di Jamrat pada tahun 1953...selepas mabit di Mudzalifah..

Selepas ituh mereka melakukan tawaf dan Sa'e. Lihat lah Gambar Kaabah yang di rakam kan pada Tahun 1953...subhanaallah. .

Selepas itu mereka bertahalol yakni bercukur..alhamdulilah

Pergi membeli kambing untuk di jadikan Qurban Hari raya..alahmdulilah

Daging Qurban siap untuk di agihkan kepada orang ramai..alhamdulilah

Read More...

Wednesday, November 4, 2009

LIGA FUTSAL AHAD - REGU Fc

Salam,
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sehingga ke pendaftaran pemain. Dan lesen para pemain telah dikeluarkan dan usaha2 untuk peningkatan persefahaman pemain sedang digiatkan. Beberapa perlawanan persahabatan kerap diadakan bagi memantapkan taktikal dan stamina para pemain. Dan nama pasukan dengan rasminya telah diistiharkan iaitu REGU Fc. Konon2 maksud regu fc adalah idea di atas kombinasi yang merangkumkan beberapa pemain2 baru dan yang sedia ada. Berikut adalah para pemain dan jadual perlawanan.


SENARAI PEMAIN







JADUAL PERLAWANAN
*Semua perlawanan diadakan di Sport Planet, Ipoh.

1. AHAD 15 NOV 2009 (3.00 PTG)
REGU FC vs SKFC

2. AHAD 29 NOV 2009 (8.00 MLM)
ILP IPOH vs REGU FC

3. AHAD 27 DEC 2009 (10.00 PG)
REDZONE FC vs REGU FC

4. AHAD 3 JAN 2009 (4.00 PTG)
REGU FC vs REGGAE FC

5. AHAD 24 JAN 2009 (8.00 MLM)
REGU FC vs X T TEAM

6. AHAD 21 FEB 2009 (10.00 PG)
KPJ ISH B vs REGU FC

-Nantikan setiap keputusan2 setiap perlawanan. Mudahan REGU FC dapat apa yang diimpikan. Artikel sebelum ini KLIK SINI

-wan2day-


Read More...

Tuesday, November 3, 2009

TIPS MENGHAFAL QURAN SECARA SAMBILAN


TIPS MENGHAFAL QURAN SECARA SAMBILAN

1. mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah

2. menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan(semakan bacaan)..ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat(kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

3. gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan ayat nye diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.

4. ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancakan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul..sebagai contoh nak hafal surah ali-imran…mulakan dari page yang first bg surah tersebut. lancarkan first page tu dulu.

5.bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul2 lancar.pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul2 lancar kerana ni akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anada bercelaru..

6. mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan ikut step. hafaz dahulu ayat yang first sehingga hafaz(baca ayat first berulang-ulang sebagai 1 cara menghafaz yg baik). then, barulah berpindah ke ayat yang kedua.. dah hafaz ayat ke 2 , ulang balik dari ayat yang first.then baru masuk ayat yg seterusya..

7. pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannye untuk anda tasmi’ ( memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

8. amalkan membaca ayat2 yang telah anda hafaz dalam solat2 yang anda lakukan. banyakkan solat sunat gak sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat2 yang telah dihafaz.. ini bertujuan membiasakan ayat2 yang telah dihafaz ke dalam amalan harian anda.

9. amalkan membaca ayat2 Quran yang telah anda hafaz di mana2 sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati or mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika nak tidur, dan lain2 yang difikirkan baik.. ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat2 hafazan tersebut.

10. amalkan memakan manisan seperti kurma or madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan..

11. jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

12. tanamkan semngat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat2 tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin ayat… InsyaALLAH sehingga hafiz… walaupun memakan masa yang lama.

13. banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya dipermudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

14. pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu2 selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH or AFTER SUBUH kerana waktu ni tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

15. tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit2, asalkan istiqamah dan berkesan…

TIPS asal oleh IMAM NAWAWI

Dari http://balliqul-ilm.blogspot.com

Read More...

AKADEMI DARUL-HUFFAZ - mudahan matlamat dicapai..



Salam,

Syukur Alhamdulillah, Tuhan Maha Kuasa dan Maha Mengetahui Segala-galanya akan kehendak hamba2Nya. Peluang yang dicari dan diusahakan telah Allah mudahkan, tambahan lagi dalam mencari keredhaanNya dan meningkat lagi ketaqwaan padaNya. Akhirnya dapat jua berada disamping hafiz-hafiz hebat yang sudah cukup 30Juzuk hafazannya bersama 2 orang Hafiz dari Somalia yang mengendalikan kelas ini. Yang paling utama ingin sangat merasakan indah nikmat terkata berada disamping Al-Quran serta menghafal Kalam Allah ini. Satu peluang yang Allah pilih untuk meningkatkan lagi darjat disisiNya. Perlulah beristiqamah dalam mencari ilmu hendak2 lagi dalam mempelajari ilmu Al-Quran ini. Hanya kekuatan dari Allah selayaknya dalam menempuhi beribadah ini, harapnya ia berkekalan dan berjaya di dunia mudah-mudahan di akhirat.. mudahan cita hafizku tercapai..

-wan2day-

Read More...
HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010