Wednesday, October 21, 2009

LIGA FUTSAL AHAD


Salam,

Satu pertandingan futsal yang dinamakan Liga Futsal Ahad yang akan berlangsung pada 1 Nov 2009, dan tempohnya selama 5 bulan serta dijangka akan tamat pada bulan April. Melibatkan 25 pasukan yang bertanding dalam liga futsal ini. Jadi, team futsal kami yang dikira sebagai pasukan 'underdog' berhasrat untuk mencuba setakat mana kemampuan kami, boleh dikatakan pertemuan buku dengan ruas. Hampir seminggu lebih mencari pemain2 luar (import) untuk diserap ke dalam pasukan kami, namun banyak keputusan yang mengecewakan.



Sudah melibatkan hampir sepuluh orang pemain yang pada mulanya mereka bersetuju, kemudiannya mereka berubah fikiran di atas faktor2 yang tak dapat dielakkan. Ada juga pemain2 yang kami terpaksa ketepikan di atas komitmen mereka yang masih belajar,serta bekerja sementara di Ipoh. Kami lebih berhasrat mencari pemain yang memberi 100% komitmen untuk pasukan disamping menetap dan bekerja di Ipoh. Tugasan sebagai ajen @ pengantara @ pengurus mencari pemain dan membentuk pasukan adalah perkara yang terlalu sukar hinggakan membuat sakit kepala. Tarikh tutup penyertaan pada 24 Okt 2009, dan kami telah berjaya mendapatkan 12 orang pemain (cukup kuota) untuk membentuk pasukan ini. Dan berharap sangat pemain2 yang terpilih, tidak akan berubah fikiran hinggakan ada pemain yang terpaksa kami membuat tawaran istimewa. Pasukan kami juga melibatkan 2 orang pemain bangsa lain, iaitu bangsa India dan Cina. Adakah nama pasukan kami 1Malaysia??..hahah..

Pasukan2 yang bertanding hendaklah juga mendaftarkan pengurus, jurulatih dan FISIOTERAPI tu.. Masalah juga dalam mencari fisio, akhirnya mendapat keputusan meletakkan sesiapa sahaja sebagai kehendak penganjur. Buat syarat. Sebelum pertandingan bermula, kami telah merancang untuk mengadakan lebih kerap perlawanan persahabatan bagi meningkatkan lagi persefahaman pemain2 baru dengan yang lama untuk memantapkan lagi pasukan bagi mencapai tempat terbaik dalam Liga Futsal. Sasaran kami tidaklah menggunung, cuma mensasarkan berada dalam senarai TOP10. Mudah-mudahan pertandingan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dikalangan pasukan serta pemain2 pasukan lain juga menjaga akhlak seorang pemain Muslim dalam menjaga hubungan dengan Allah.

Senarai Pemain :
WAN2DAY
ALANG
KIE
FADHLI
AM
QAYIM (gk)
WAN GK (gk)
WAN KEMBO
DANIEL (IMPORT)
VINCENT (IMPORT)
PEDOT MYTEAM (IMPORT)-status berjaga2.
AZNAN

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010