Wednesday, October 14, 2009

PIALA MALAYSIA - Berakhir perjuangan anak2 muda Seladang


Salam,
Memang terbaik dari ladang..Terbaik lagi sang seladang..hehe. Game terbaik yang pernah disaksikan untuk thn 2009. Pujian melambung2 buat anak2 muda ini, tapi apakan daya, sudah tertulis dalam jadual Piala Malaysia untuk saingan Suku Akhir tiada tercatat pasukan Perak..hehe

Wan2day bersama rakan dan Kie berkunjung ke Stadium Perak bagi menyaksikan perlawanan di antara Perak vs Johor Fc yang dikira sebagai dramatik dan 'wow' ibarat perlawanan akhir. Ye lah,ibarat hidup dan mati pasukan Perak yang berjuang ke titisan peluh yang terakhir..Haha.. Dan rasanya perlawanan semalam merupakan himpunan teramai penyokong sekitar 5000 orang. Kira layan la, siap ada nyanyi Ipoh Mali Talak Sombong, agak meriah juga..



1st Half
Permainan agak teratur di mana pasukan Perak lebih kerap melakukan serangan balas yang boleh menghasilkan 2 gol untuk Perak, apabila Razali berhadapan 1 lwn 1 dengan GK tetapi berjaya ditempis oleh GK. Kalau diperhatikan, GK boleh di'trickkan' sebelum Razali mudah untuk menolak masuk memandangkan posisi GK sudah menjatuhkan badan..huh..Dan bakal gol kedua hanya terkena palang,kalau bengkok sikit masuk dah rasanya. Bagi pasukan JFC lebih banyak bermain short pass ala-ala samba zaman Netto dengan kawalan kemas serta gerakan yang laju dan merbahaya. Ada seorang player JFC yang kecil tubuhnya yang wan2day rasa dia layak diberikan Man OF the Match disebabkan kelincahan, kawalan bola yang kemas serta pantas sehingga player Perak tidak mampu membaca gerakan player ini. Pada minit ke 44, pasukan JFC berjaya mengegarkan jaring gol Perak hasil tindakan berani mencuba di dalam kotak penalti apabila satu rembatan padu yang menuju tepat ke bucu gol sebelah kanan Megat yang hanya mampu men'dive'kan badan sebagai syarat seorang GK..hehe..memang tak boleh tempis bola tu.. Tiba2 stadium senyap, terkejut...gol ke?hahaha..

Iklan - ada brader baju hijau tu macam bagus je...cakap kuat2 nak tarik perhatian ke. Konon dia die hard fan la, aku pun sama wehh...hahah.. die sangat. Cirit or die kot..

2nd Half
Game bermula dengan hantaran2 pendek oleh kedua2 pasukan. Semuanya terkawal dan teratur, pada masa kedua, pasukan Perak lebih banyak mengawal permainan dengan JFC sekali sekala melakukan serangan. Pada minit 59, pasukan Perak sepeti mendapat semangat atau rasukan roh penyokong Perak apabila mereka melakukan serangan bertali arus dengan gerakan2 yang pantas sehingga mengkucarkacirkan pertahanan JFC. Minit ke 72, Saufi Sa'adi telah memecahkan tekak penyokong Perak dengan menjaringkan gol dengan satu rembatan hasil perebutan dalam kotak penalti JFC.. Hahah...puas. Dah terbayang suku akhir. Tinggal lagi 15 minit, pasukan Perak terus melakukan serangan, JFC hanya mampu bertahan sehinggakan pasukan Perak sepatutnya mampu menjaringkan satu gol lagi kerana tampanan Razali yang tidak tepat dan bola tersasar ke sebelah kiri gol..ARGHHHH...satu stadium dah jerit GOL dah, tapi... Razali Punca... akhirnya tamat perlawanan yang berkesudahan 1-1 dan membuatkan keputusan ini tidak melayakkan pasukan Perak ke saingan suku akhir. Yang peliknya Selangor pula bagi can kat K. Muda Naza, sudahnya Perak juga kempunan.

Tahun 2009 ini merupakan tahun sebagai latihan dan pembentukan persefahaman antara pemain bagi memantapkan pasukan Perak yang telah sedia mantap..hehe. Tahun depan diharapkan dapat mengaut kembali pemain2 yang telah merantau.

-wan2day-



No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010