Wednesday, October 21, 2009

Bayangkan Sejenak..

Bayangkan, Andaikan anda..

Hari Jumaat merupakan hari termulia bagi umat Islam. Secara rutinnya, hari Jumaat aku mengamalkan amalan2 sunat dengan memotong kuku, mandi sunat Jumaat, memakai wangi-wangian dan sampai awal ke masjid untuk beriktikaf.

Setiba aku di Masjid, kelihatan para jemaah masih berkurangan memandangkan masuknya waktu solat agak lambat, ruang2 masjid kelihatan banyak ruang kosongnya. Aku terus mengambil tempat mengadap betul2 dihadapan Mimbar khatib mudah-mudahan mendapat pandangan jelas serta menghayati khutbah yang disampaikan. Aku terlebih dahulu melakukan sunat tahiyyatul masjid dan diiringi niat berikitikaf.. Penggera jadual waktu solat telah berbunyi yang menandakan telah masuknya waktu solat sambil para jemaah mendiamkan diri bagi menghormati laungan azan yang diperdengarkan.

Pada waktu ini kelihatan masjid telah pun penuh dengan jemaah yang hadir untuk melaksanakan tanggungjawab wajib pada setiap Jumaat. Khatib telah pun naik ke mimbar khutbah, dengan nada semangatnya khatib menyampaikan dengan penuh penghayatan.

Sewaktu hendak memulakan solat Jumaat...
Sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam yang lengkap dengan bersenjatakan M16 sambil dikeliling pinggangnya terdapat beberapa butir bom tangan masuk ke dalam Masjid. Suasana cemas seketika, imam memberhentikan langkahnya untuk meneruskan solat. Terdengar juga suara kanak-kanak yang ketakutan, dan aku juga merasakan seperti masjid ini telah diserang atau dikepung oleh pengganas atau militan. Seorang lelaki yang merupakan seorang ketua bagi kumpulan itu berkata "Sesiapa yang tidak mahu dirinya dibunuh atau ditembak sila keluar dari masjid ini". Maka jemaah yang ramai tadi merasakan ketakutan amat sangat meluru keluar dari masjid bagi menyelamatkan diri. Riuh dan kelam kabutnya ketika itu.

Selepas daripada arahan itu, kelihatan sahaja imam, bilal dan beberapa orang jemaah yang masih tinggal dalam masjid tersebut. Ketua kepada kumpulan itu berkata pada imam "marilah kita teruskan solat, biarkan mereka sebagai orang2 munafik yang hanya takutkan akan mati dari takut akan Allah".

-Dari perisitiwa ini, cuba kita bayangkan di manakah tahap keimanan kita yang meletakkan Allah adalah segala-galanya, inilah realiti ummah sekarang. Umat Islam pada zaman ini adalah sangat ramai, tapi ramainya seperti buih-buih di lautan. Ramai dari segi kuantiti tapi kurang dari segi kualiti. Lihatlah di mana-mana, memang inilah suasana ummah pada hari ini -

-wan2day-

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010