Monday, October 5, 2009

Perbalahan di luar Masjid Al-Aqsa


ANGGOTA-ANGGOTA polis menyekat penduduk palestin memasuki laluan ke pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis semalam.


BAITULMAQDIS - Polis Israel dan penunjuk perasaan Palestin berbalah dekat pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam.

Menurut polis dan beberapa saksi, perbalahan itu berrlaku selepas pihak berkuasa Israel menutup laluan untuk pergi ke masjid itu di Baitulmaqdis menyebabkan 150 hingga 200 orang bersolat di luar Pintu Singa.

Perbalahan itu berlaku selepas solat apabila sekumpulan penunjuk perasaan membaling batu menyebabkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan air, kata saksi-saksi.

Menurut anggota paramedik, sebanyak lapan orang mengalami kecederaan dan sebanyak tiga lagi ditangkap.

Suasana di Bandar Lama di Baitulmaqdis tenang tetapi kembali tegang beberapa jam kemudian selepas perbalahan tersebut.

Anggota-anggota keselamatan ditempatkan di beberapa laluan sempit di bandar itu.

Polis menyatakan pihaknya menutup laluan ke pekarangan Masjid Al-Aqsa selepas satu pembesar suara di majlis itu meminta penganut Islam berhimpun.

"Kami menutup laluan ke majlis itu berikutan hasutan yang dikeluarkan menerusi pembesar suara," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld. - AFP

Dari Kosmo.

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010