Sunday, October 18, 2009

Jamuan Raya Di Surau - Tercemar...


Salam,

Bersempena di akhir2 bulan Syawal ini, umat2 Islam berkesempatan untuk mengadakan Rumah Terbuka mahupun jamuan raya tidak kira di mana2, pasti ada jamuan raya di sana sini. Alhamdulillah, wan2day telah berpeluang bersama2 penduduk setempat menghadiri majlis jamuan raya yang telah di adakan di Surau (dirahsiakan) dengan kehadiran yang amat menggalakkan dengan juadah2 yang telah disediakan.

Di sini terjadi rasa sedih dan terkilan, wan2day ingin membangkitkan isu di mana Surau yang sepatutnya menjadi tempat beramal dan bersolat jemaah telah menjadikan syiar dan kemakmuran surau itu tercemar. Tidak salah pada penduduk2 setempat yang jarang2 ke surau, malah ada juga yang tidak pernah menjejak kaki di Surau memandangkan majlis yang dianjurkan hanyalah untuk merapatkan lagi ukhwah di antara jiran2 dan penduduk lain serta beramah mesra sempena bulan Syawal.

Silapnya di sini, apabila surau yang tempat suci telah dicemarkan dengan alunan2 lagu yang melalaikan yang dinyanyikan oleh kaum wanita, beserta dengan sound system (majlis diadakan diperkarangan surau) bagi menjayakan lagi serta memeriahkan suasana, adakah ini mempunyai unsur2 maksiat yang sepatutnya lebih baik dimainkan sahaja alunan2 zikir atau bacaan Al Quran? Wan2day merasakan tidak ubah seperti berada di majlis rumah terbuka yang diadakan di padang Ipoh atau tempat awam. Apakah persepsi atau tanggapan bagi orang bukan Islam terhadap majlis tersebut? Perkara utama adalah Ajk2 surau tidak mengambil peluang ini dengan mengajak para2 penduduk supaya memakmurkan atau mengimarahkan lagi Surau memandangkan bukannya selalu dapat mengumpul penduduk2 yang ada.Bila dilihatkan kembali, matlamat majlis itu hanya untuk meramaikan majlis tersebut, hanya untuk menggembirakan penduduk dan tiada langsung unsur Islam yang sepatutnya menjadi asas utama dalam majlis ini. Sedih melihat keadaan surau yang terbina indah tetapi jumlah yang hadir untuk bersuka2 lebih ramai dari penghuni jemaah surau ini, sepatutnya matlamat majlis ini akan menjadikan surau ini akan bertambah jemaah dan apa yang ditakutkan dengan adanya majlis seperti ini jemaah pula yang akan berkurangan. Mudah2an Surau ini terus mendapat rahmat dan berkat dengan beramal didalam rumah Allah ini..

-wan2day-


No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010