Monday, January 31, 2011

TERKINI - Wan2day mencapai 400 pengunjung... Kesan MESIR..


Pertama kalinya dalam sejarah blogging, wan2day hari ini meraih melebihi 400 pengunjung. Isu Mesir yang memberi kesan rata2 pelayar alam maya yang mengikuti perkembangan di Mesir. Pernah sekali blog wan2day menerima pengunjung mencecah 100 sehari, atas isu Palestin di mana perisitiwa serangan ke atas konvoi Mavi Marmara.

Impaknya, kebangkitan rakyat Mesir telah membuka mata dunia, apatah lagi mata Hosni Mubarak yang masih lagi ambil sikap 'rilek'. Tempiasnya juga kepada blog-blog yang mengemaskini tentang isu di Mesir ini. Pelayar-pelayar internet sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia. Alhamdulillah...


Kenapa aku beria-ria dengan isu yang berlaku di Mesir ini..?? Maaf, tidak sesekali aku mempunyai sepupu sepapat yang belajar di sana. Tidak juga menjejak kaki ke sana, cumanya abang aku pernah menuntut di Al Azhar.

Sebab utamanya...
  1. Aku menyokong di atas kebangkitan rakyat Mesir dalam meluahkan perasaan yang selama ini di pekak tulikan mengenai kesengsaraan mereka.
  2. Penghapusan pemimpin-pemimpin yang bersifat zalim, membelakangkan rakyat demi mementingkan perut dan kroni.
  3. Asas kebangkitan sesebuah Gerakan Islam dalam menyatu padukan umat Islam Arab lantas menegakkan sistem khalifah.
  4. Ruang yang luas dalam membuka terus persempadanan di Rafah, Palestin.
  5. Kekuatan rakyat Palestin untuk terus hidup dan sentiasa berjuang perangi Zionis dalam mempertahankan hak-hak mereka.
  6. Bakal melumpuhkan dan menjatuhkan kuasa-kuasa AS dan Zionis serta sekutu-sekutu di rantau Arab.
  7. Memberi kesedaran pada pemimpin-pemimpin Arab yang lain, yang masih menjadi boneka untuk musuh Islam atau Zionis dan sekutunya.
Mungkin tidak semua kejayaan di atas yang aku harapkan. Mungkin 1-2 sahaja yang mampu terlaksana, tapi dengan 1-2 perkara inilah yang akan mampu menggegarkan dunia dan menghantui AS dan Zionis.


No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010