Tuesday, January 18, 2011

BERITA - Isu payu dara undang kritikan.


RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.



KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.
Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.
Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Wan2day - Dah tiada modal untuk di bincangkan ke..? Isu payu dara ni masalah negara ke..? Kenapa nak publickan isu 'besar' ni..? Atau Penerbit WHI ni  syok habis dengan topik ni..? Gila...mat...

Kalau dah terdesak sangat nak bincangkan isu 'besar' ni, buat la seminar khas untuk kaum wanita sahaja. Aku rasa rancangan ni boleh menyebabkan 80% tergerak nafsu jahat. Yang mana jurukamera nakal sengaja menfokuskan payu dara. Ini semua punca nak meruntuhkan akhlak dan moral umat Islam. 

Banyak lagi la isu yang sepatutnya dibincangkan untuk umum. Berapa banyak masalah umat Islam di Malaysia dan juga masalah keruntuhan akhlak yang tahap nazak yang sepatutnya di pertengahkan. Rupanya, pihak TV3 lebih peka dengan cerita2 payu dara..  apa da.... tak habis-habis dengan kontroversi TV3 ini...  

Nak besar mana lagi weii... Bak kata Akhil Hayy, "Udah bergantang-gantang datangnye.."

2 comments:

along said...

wanita yg dicipta mulia atas sifat lumrah yg pemalu, jadi hina bila jadi kes mcm ni.

usop_zali said...

along punya komen t'baik dari ladang...

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010