Wednesday, January 19, 2011

RENUNGKAN - Allah sentiasa menyelamatkanku...

 As-Salam - Maha Penyelamat
Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
( Sifat2 Allah ) 

Bila aku menung-menungkan kembali, memang tak wajar kita ingkar perintah Allah.. Sudah lah kita ini Allah ciptakan pula, udara, nafas, nyawa, duit hatta kesemuanya yang ada pada diri kita adalah kepunyaan mutlak Allah. Patutkah kita derhaka Allah..?? Bahkan di kala kita berada dalam suasana genting, waktu kesusahan pastinya Allah jua lah penyelamat kita.


Aku ingin kongsikan bersama sedikit sebanyak kesusahan dan kesempitan yang aku alami, akhirnya tawakkal pada Allah juga dan Allah juga menyelamatkan aku. Bersangka baiklah dengan Allah.

Ceritanya..
Aku telah ditawarkan voucher percuma penginapan 3H2M di Swiss Garden Damai Laut tanpa sebarang bayaran penginapan. Jadi kami sekeluarga memutuskan pada hari bekerja kami bercuti ke sana. Dengan membawa anak yang umurnya 7 bulan ketika itu, tidak memikirkan apa2 masalah. Setelah kami tiba di Swiss Garden aku ambil keputusan untuk meninjau suasana sekitar kawasan penginapan sambil2 membeli keperluan untuk memasak memandangkan kami menginap di apartment yang ditawarkan. Memikirkan jalan masuk ke apartment yang jauh dari kedai, dengan lampu jalan yang tiada sambil melalui hutan paya bakau, aku rasa khuatir untuk keluar disebelah malamnya. Aku hairan juga dengan suasana apartment kami menginap, kelihatan suram dan di blok kami rasanya kami sahaja yang menginap. Mungkin disebabkan kami bercuti pada hari orang lain bekerja.

Nak dijadikan cerita, disebelah malamnya anak aku tidur awal sekitar jam 9 malam. Dan tepat jam 12 tgh malam anak aku terjaga. Sambil menangis. Dalam fikiran aku, mungkin perutnya kembung. Air gripewater untuk kembung, sudah tentu aku bekalkan bersama. Isteri pula buat cemas, "anak tak kembung ni..." Jam menunjukkan hampir 12.30 mlm. Anak aku semakin galak menangis, pada mulanya menangisnya hanya perlahan2, lama kelamaan nangisnya makin menaik-naik. Aku teringat akan kata Ust Ismail Kamus dalam ceramahnya, apabila anak yang menangis di tengah malam dengan nadanya tinggi terus tinggi, tandanya anak itu mempunyai masalah gangguan makhluk halus.

Lagi mencemaskan dengan kata2 Ust Ismail Kamus itu, tak semena2 aku pula diselubungi rasa takut. Aku dan isteri saling berpandangan. Berulangkali isteri memberitahu anak tak kembung. Celaru..celaru.. Aku benar2 rasa gelisah dan takut. Kekalutan fikiran waktu itu, aku ambil keputusan untuk keluar sahaja dari apartment dan balik terus ke Ipoh. Jam di tangan menunjukkan hampir 1.00 pagi. Tindakan yang bodoh sekiranya kami bergerak pulang pada waktu itu.

Aku rasa gelisah.. akhirnya aku beserah pada Allah, aku kenangkan Allah sentiasa bersama2 kita dikala kita berada dalam kesusahan. Aku tiada sebarang ilmu menjauhkan gangguan makhluk halus atau jin. Sekali lagi aku teringat setiap kata Ust Ismail Kamus dalam ceramahnya, sekiranya anak yang diganggu makhluk halus amalkan azan sebanyak 7 kali, ayat kursi 9 kali dengan 9 kali waqaf. Tiba2 aku diresapi keyakinan tinggi pada Allah, aku yakin dengan pertolongan Allah. Aku dirikan solat sunat hajat terlebih dahulu. Aku rasa solat hajat aku ini betul2 ikhlas dan amat2 mengharapkan pertolongan Allah. Selesai solat hajat, aku laungkan azan sebanyak 7 kali dan disudahi dengan ayat kursi 9 kali dengan 9 kali waqaf. 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Al Faatihah 1:5)

Selesai amalan2 yang aku lakukan tadi, suasana tiba2 menjadi tenang. Aku tidak lagi merasai takut dan gelisah. Jiwa aku menjadi tenteram. Anak aku yang tadi menangisnya tinggi, beransur2 perlahan menangis dan terus tidur. Jam waktu itu menunjukkan 1.30 pagi. Aku dapat bayangkan sekiranya perkara sebegini terjadi di rumah, kita boleh minta bantuan pada mana2 ustaz atau pakar rawatan Islam. Tapi bila suasana ini sebaliknya, aku rasa benar2 Allah telah membantu kami sekeluarga yang aku rasakan bantuan Allah itu dengan kadar segera. Bayangkan... inilah yang dikatakan Allah Maha Penyelamat dan Maha Pelindung.

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.
(Al-Baqarah 2:120)

Pernahkah anda terfikir bagaimana hendak mengatasi dan berdepan masalah gangguan makhlus halus ini..??  Bagi aku inilah pengalaman yang menakutkan kami sekeluarga untuk kita sama2 ambil iktibar. Posting ini bukanlah nak cerita tentang amalan2 untuk menjauhkan gangguan makhluk halus ini, tapi aku cuba sampaikan tentang pertolongan Allah pada hambaNya yang dalam kesusahan, di mana patut sangalah kita bersyukur tidak terhingga akan apa yang kita nikmati waktu ini. Kita tiada daya kekuatan, dengan Allah kita mampu menyelesaikannya dan keyakinan yang tinggi pada Allah.

Percayalah, setiap apa kesusahan yang kita alami hatta orang lain pun tak mampu untuk membantu, yakinilah bahawa Allah sebaik2 tempat pengharapan.

Bila kita mengharapkan bantuan Allah, maknanya kita semakin dekat dengan Allah. Selangkah kita dekati Allah, 'sepantasnya' Allah dekati kita.

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010