Tuesday, January 11, 2011

ISLAM - Al Quran manual manusia

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa
Al Baqarah A:2.

Al Quran adalah petunjuk, atau sebagai manual manusia dalam amalan seharian untuk amal makruf dan panduan untuk menghindari mungkar.


Ayat di atas sangat jelas, di mana tiada keraguan dan syak apa yang Allah sampaikan. Lihatlah di sekeliling kita, bahkan dalam keluarga kita sendiri, sejauh manakah kita membaca, menyelak, menyentuh atau biarkan Al Quran ditebalkan dengan habuk-habuk. Jauh sekali pula menghayati tafsir kalam Allah ini. Fenomena yang biasa kita lihat, Al Quran diimarahkan waktu Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan juga untuk hantaran2 pertunangan dan hantaran perkahwinan.

Memang Al Quran merupakan guide dan manual kita. Melengkapi semua cara hidup kita seharian.

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Waktu kecil aku berguru dengan seorang Ustazah, seringkali beliau mengingatkan kami agar berdamping dengan Al Quran. Sentiasa menghargai Al Quran. Sebabnya bila kita berada di alam kubur, kubur akan bercahaya bahkan melapangkan kita di alam kubur. Termasuk juga sewaktu melintasi titian sirat, Al Quran memelihara kita sepanjang melintasi titian sirat. Bahkan sepantas kilat Al Quran membawa kita ke seberangnya. Hebatnya hikmah Al Quran.

Tapi sayangnya, kita hari ini dahulunya televisyen hanyalah bersaiz 24". Hitam putih pula. Tambah pula dengan Astro untuk mendapat kualiti siaran yang cantik bagi mengelak siaran terganggu dengan bayaran bulanan yang tidak berpatutan. Malah sekarang ini, telah ada pula LCD 42", ditambahkan pula dengan HD, dan Full HD pula. Kita sentiasa mahukan paparan jelas untuk ratapan hawa nafsu kita. Sedangkan paparan jelas lagi lengkap tidak pula kita usahakan, berhabuk terus berhabuk... Beribu tahun lamanya Al Quran telah ada berbanding LCD atau TV ini, yang mana mendapat tempat di hati kita..??


Baca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus.. Lihatlah bala  keruntuhan akhlak yang melanda di Malaysia, semuanya kerana tidak mengikut Al Quran..



5 comments:

usop_zali said...

i'allah...sebagai peringatan kita bersama...ni la simptom2 umat islam dh hilang tempat rujukan yang sebenar...HD berjaya menawan tempat Al-Quran...

along said...

minta izin untuk printout. zajakallah khair

Myra Ayreen said...

http://myraayreenmurshemellow.blogspot.com/

Chakk Chakk ... laga laga pp dulu .. me datang Menjenguk .. sambil bace bace Entry yang very the buggy and buzz nih .. hehehe ..

hit me back okey dear ..

along said...

sahibah mana lak ni.. lol

wan2day said...

sila kan tuan...
sohibah..?? ni mad u' kot..hehe

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010