Wednesday, December 30, 2009

HALUAN : Kata-kata hikmah menaikkan semangat jihad.

Email dari Akhi Mohd Arbaai Shawal

Alhamdulilah, salam kpd semua ikhwah di Malaysia. Baru balik bertadrib di Mekah dan Madinah, mudahan latihan selama 40 hari penuh di Haramain itu akan terus mengujakan kita untuk menruskan kerja2 kita yang aula dan sunnah Rasullah SAW yang paling afdhal iaitu berdakwah dan mentarbiyah. Ana mencadangkan agar aliran info dapat ditingkatkan supaya membership egruop ini dapat dipanjangkan kepada muayyid yg thiqah bukannya hanya setakat Akh saja.Selain aliran meklumat secara tradisional spt halakat dll dapat ditingkatkan.

Saranan Ust ATH tu amat bermakna sekali untuk kesinambungan suvival kita iaitu meningkatkan D&T di Sekolah dan Masjid. Sekolah yg paling utama adalah sekolah2 kita ,bkan hanya pelajar,budak ttp ibu bapa mereka sekali....Ini perlu berjalan dan difahami oleh semua ikhwah dan akhowat bukan hanya terbeban kpd guru besar dan guru2 di sekolah kita saja.Akhi .... setakat manakah pengorbanan kita terhadap dakwah dan tarbiyah ini....adaka kita telah benar2 masuk ke dalam medan dan merasai pahit dan manisnnya dakwah ataukah kita hanya setakat bermain di tepian pantai saja.


Ziarah ke medan Uhud di Madinah baru-baru ini dapat mengimbau kembali pengorbanan Rasullah SAW dan para sahabat untuk mempertahankan daulah Islam,Dakwah Islam yang masih muda. Mereka telah mengobankan harta ,peluh,tenaga ,fikiran dan hatta tubuh dan jiwa mereka untuk Islam. Dengan pengorbanan merekalah maka Allah izinkan kita merasai nikmat Islam pada hari ini. Akhi....ketika Rsullah SAW di pnggir maut,beribu anak panah dihujankan oleh tentera Khalid Al-Walid dari atas bukit Pemanah setelah mereka dapat menguasainya dari tentera Islam.Pada ketika yang kritikal itu baginda Nabi telah masuk kedalam lubang yang digali oleh orang munafik separas pinggang dengan kedua-dua tangan baginda yang mulia tersepit diantara pinggir lubang dan tubuh baginda. Nak keluar sendiri dari lubang tersebut memang tidak boleh.14 sahabat Nabi terus mengelilingi baginda daripada hujanan panah dan batu2. Seorang sahabat Nabi terus memeluk Rasullah SAW dari depan,untuk melindungi Nabi. Kepala sababat didepan kepala Nabi,leher sahabat itu melindungi leher Nabi, Dada sahabat melindungi dada Nabi,tubah sahabat itu melindungi tubuh Nabi dari hujanan ratusan anak2 panah tentera kuffar. Akhirnya mata sahabat yang bersinar2 itu redup,nafasnya telah tersekat-sekat,darah membuak2 mangalir kebumi,namun sahabat itu tak mahu melepaskan pelukannya kpd Rasullah SAW. Pelukannya semakin melemah dan akhirnya jasad sahabat melurut kebumi dan gugur sebagai syahid..........

Fikirkanlah dan renungilah sierah diatas. Islam tak akan berkembang tanpa pengorbanan dan jihad dari pencinta2nya.Islam tak akan berkembang kalau pencinta2nya tidak ada seklumit pun niat untuk mati syahid.....dan habislah kita akan mati sebagaiman matinya orang-orang Jahiliah....

Mudah2an dengan inayah dan Rahmat Allah tahun depan adalah tahun-tahun Haluan terus bergerak kedepan, meningkatkan jumlah dan kualiti kita. Wahai pemuda syabab sekelian sambutlah seruan ini.....sebagaimana Abu Ayyub Al-Ansari terus menyahut seruan jihad sejak zaman Nabi hingga zaman Muawiyyah,hingga beliau dikuburkan di tepi tembok konstantinople,jauh dari tanah tumpah darahnya di kota Madinah.

Dr MAS.



No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010