Tuesday, December 22, 2009

PALESTIN : Galloway : Sungguh memalukan bantuan ini datang dari Eropah dan bukan dari negara-negara Arab!

Selasa, 22/12/2009 -Setelah tiba di lapangan terbang antarabangsa Damsyik, ahli parlimen Inggeris George Galloway, yang mengetuai sebuah konvoi bantuan ke Jalur Gaza yang dikepung, menyatakan kekecewaan tidak adanya peranan Arab dalam menyusun konvoi bantuan ke Gaza.

“Sungguh memalukan bantuan ini datang dari Eropah dan bukan dari negara-negara Arab,” tegas Galloway.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Syria kerana memudahkan kemasukannya konvoi 3 Lifeline yang diselenggarakan oleh pergerakan Viva Palestina , beliau menggambarkan Syria sebagai benteng dan simbol kebanggaan yang tidak pernah meninggalkan Palestin.

Dalam satu pernyataan akhbar pada hari Isnin di pusat maklumat Palestin (PIC),

Galloway mengatakan bahawa konvoi 3 Lifeline membawa mesej perpaduan dengan rakyat Palestin di Gaza pada ulang tahun pertama perang Israel.

Aktivis Inggeris itu turut menambah bahawa konvoi ini bertujuan untuk mengarahkan perhatian dunia kepada penjenayah perang iaitu Israel dan para pejuang Palestin yang gagah berani. Beliau berharap mesej ini dapat di baca oleh Mesir .

“Kami datang dengan damai ke Mesir untuk menuju ke Palestin,” tambah beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Wan2day - Dah buta ? dah dungu ? mana pi akai Arab konon 'Islam' sangat.. rakyat palestin pasti dakwa anda depan Allah kelak termasuk kita semua..

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010