Tuesday, December 22, 2009

Israel : “Kami ambil organ mayat Palestin”.

Selasa, 22/12/2009 – Israel mengakui pada hujung minggu lalu bahawa para patologinya mengambil organ mayat rakyat Palestin dan lain-lain tanpa meminta kebenaran keluarga masing-masing. Amalan tersebut dikatakan dilakukan sehingga tahun 1990-an.

Pengakuan tersebut dibuat oleh bekas ketua institut forensik Israel berikutan pendedahan panas oleh sebuah akhbar Sweden yang menyatakan bahawa pihak Israel membunuh rakyat Palestin dengan tujuan untuk mencuri organ mereka. Israel menafikan laporan akhbar itu dan menggelarnya anti-semitik.

Pengakuan yang dibuat dalam satu dokumentari televisyen dilihat bakal mengundang kemarahan masyarakat Arab dan umat Islam di seluruh dunia.

Ia juga mengesahkan sikap zalim Israel terhadap rakyat Palestin. Televisyen Iran yang turut melaporkan isu itu menayangkan gambar rakyat Palestin yang telah meninggal dunia dan cedera teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Wan2day - Ambillah, masih ramai lagi yang sokong anda secara senyap, hasil anda adalah hasil dari kami secara sulit... WEEHH... WAKE UP LAAA...

No comments:

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010