Friday, January 28, 2011

CERITA - Musim pecah tingkap kereta

 
Gambar hiasan

Posting kali ini agak berlainan seperti sebelumnya. Ingin aku nyatakan sedikit tentang isu-isu semasa yang sedang kami alami di sekitar kediaman aku di Taman Pelangi Ipoh ini. Kalau lihat pada peristiwa-peristiwa yang lalu, bermacam-macam lah peristiwa yang bermusim yang selalunya terpampang di dada akhbar. Contoh, musim kemalangan bas, sejadah berdiri, buang bayi (tak sudah-sudah), merempit (tak sudah-sudah). Tapi kes-kes sebegini tidaklah sehebat seperti kes pecah tingkap kereta di kawasan kediaman aku. Tak pasti pula berita ini masuk ke tidak dalam akhbar.


Pada Ahad lalu, dikhabarkan 7 buah kereta mewah telah menjadi sasaran 'si pemecah' tingkap kereta. Kesemua kereta-kereta ini dipecahkan pada tingkap belakang, serta bersaksikan sebiji batu sungai yang besarnya lebih dari besar penumbuk. Yang anehnya, barangan berharga di dalam kereta, tidak pula yang hilang. Kesemua kereta mewah ini, yang menjadi mangsa disebabkan meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan rumah. Dikhabarkan kerja 'gila' ini dilakukan seorang yang menunggang motosikal. Hasil berita ini, aku dapat dari seorang penghantar surat khabar, jadi sahih lah berita ini.

Kes yang lain pula, berhampiran dengan kawasan kediaman aku juga, kes yang sama berlaku terlebih dahulu. Memandangkan kes ini berlaku betul-betul di depan mata adik aku. Kes berlaku sekitar jam 4 pagi. Yang melakukan kerja ini juga hanyalah seorang sahaja. Bayangkan ketika adik aku menyaksikan aksi pecah tingkap, lebih kurang 4 buah kereta telah dipecahkan. Yang mana bunyi penggera kereta sedang berbunyi, namun si jahat terus memecahkan tingkap tanpa menghiraukan bunyi tersebut. Namun kali ini, barang2 berharga dalam kereta ada juga yang hilang. Ada juga jiran-jiran berbangsa cina yang lain, tidak mampu buat apa-apa. Mereka hanya mampu melihat, termasuk adik aku sendiri. Aku dapat rasakan mentaliti kita masyarakat sekarang, tidak sanggup atau berdepan dengan penjenayah-penjenayah ini. Sebabnya mentaliti penjenayah pun semuanya bersifat nekad. Ada halangan yang menghalang mereka, mautlah jawabnya. Itulah yang aku rasakan. Biarlah rosak, biarlah rugi asal nyawa tiada berganti...

Aku masih tertanya-tanya, apakah motif budak2 nakal ini..? Tak pasal-pasal tuan punya kereta lesap RM1000 lebih untuk menggantikan tingkap kereta yang baru. Jadi, kami disekitar ini berasa khuatir dengan terjadinya kes sebegini. Terus terang cakap lah, jarang sekali aku terserempak dengan anggota polis yang menjalankan rondaan pada jam sekitar 2-5 pagi. Selalu sangat bertembung waktu awal-awal malam. Entah lah, sendiri kena faham. Penyangak sekarang makin bertambah, yang menjadi mangsa tangkapan entah siapa-siapa. Maaflah encik polis, sekali sekala kena 'gulai' juga.

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
 H.R. Thabrani

Hari ini, kita bukan lagi berada dalam zon selamat. Di mana-mana sahaja penjenayah bertapak. Tidak tertampung lagi 'rumah' mereka untuk di huni. Memang benar lah, kiamat semakinnya hampir. Di kala orang-orang soleh yang seorang demi seorang menghadap Illahi, bercanak-canaknya penjenayah tika ini.

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. 
(Al-Baqarah 2:46)

Baliklah kepada asal kejadian kita, sebaik-baik Muslim yang mengaku beriman dengan Allah, kembali kepada Allah adalah jalan selamat segala kejahatan.

Berita ini bukanlah bererti kita lebih menjaga akan kenderaan kita, tapi kita kena lebih berusaha menjaga hubungan kita denagan Allah. Bila kita menjaga Allah, maka Allah lebihlah menjaga kita dari semua aspek kehidupan.

4 comments:

usop_zali said...

padat post wan..isu semasa+dalil+huraian...mmg mantap le yob...kbhi blh wt kursus "menulis dlm blog" bersama ABG RIDHWAN rs nye ni..

wan2day said...

erk..jgn buat pasal... saja seronok2..

usop_zali said...

dh cadangkan pada pengerusi...dia kata kalo tuan blog on,blh aje...karya agung wan...haha

wan2day said...

uiks..jangan...belum sampai tahap tu..

HAKCIPTA TERPELIHARA WAN2DAY 2010